10 Cara Menambah Rezeki & Keberkatan Dalam Rumah Tangga

Dalam Islam, terdapat beberapa konsep rezeki. Ada rezeki yang perlu diusahakan, ada yang diberi percuma tanpa diminta, ada rezeki yang kita dah usaha, tapi akhirnya menjadi milik orang lain. Umumnya jika kita membicarakan tentang rezeki, kita akan terbayangkan wang yang banyak, rumah yang besar, kereta yang cantik, dan serba-serbi yang berkait dengan material. Sebenarnya, rezeki itu tidak terhad setakat itu. Ilmu, kesihatan, kelapangan masa, keluarga, kasih sayang, jodoh, zuriat, dan macam-macam lagi adalah rezeki. Sebagai hamba yang lemah, kita tentunya sentiasa mengharapkan rezeki daripada Pencipta. 10 CARA MENAMBAH REZEKI &…

Read More

TIPS ATAU ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air. ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu…

Read More

8 Dosa Yang Isteri Kerap Lakukan Terhadap Suami Tanpa Sedar

Sebagai seorang isteri, tanpa sedar kita melakukan tindakan berdosa terhadap suami, malah menganggap dosa tersebut adalah hal biasa saja. Padahal syurga dan neraka isteri ada pada redha suaminya. Semoga 10 daftar dosa yang paling kerap dilakukan oleh isteri ini boleh kita hindari agar terjauh dari kebencian suami dan laknat Allah. 1. Menafikan kebaikan suami Diperlihatkan Neraka kepadaku dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita, mereka kufur. Para sahabat bertanya: Apakah disebabkan kufurnya mereka kepada Allah? Rasul menjawab: (Tidak), mereka kufur kepada suaminya dan mereka kufur kepada kebaikan. Seandainya seorang…

Read More

7 Kewajiban Seorang Anak Terhadap Ibu Bapanya Yang Telah Meninggal

Ada suatu dialog di zaman Rasulullah. Seorang sahabat menemui Rasulullah dan menyatakan penyesalannya bahawa selama orang tuanya masih hidup, dia tidak sempat berbuat baik kepada mereka. Dia sekarang menyesal kerana merasa sudah tertutup baginya untuk berbuat baik kepada ibu bapanya. Mendengar keluhan itu Rasulullah menyatakan bahwa berbuat baik kepada kedua orang tua ada dua jenis, iaitu ketika mereka masih hidup dan ketika mereka sudah meninggal dunia. Ada empat perkara yang dapat dilakukan oleh seorang anak untuk berbuat baik atau berbakti kepada orang tuanya, iaitu: Mendoakan keduanya Menjaga tali silaturrahim yang…

Read More

9 Ayat Ini Kebiasaan Menyakitkan Hati Suami

Anda pernah tak alami keadaan di mana tiba-tiba suami diam dan taknak cakap apa-apa? Tiba-tiba moodnya berubah? Mungkin anda tak perasan dan ambil ringan, tapi itu mungkin tanda suami anda “merajuk“, menyampah dan terasa dengan kata-kata anda. Alah, biasalah kita perempuan ini… Kadang bila penat sangat atau sudah malas nak melayan kerenah semua orang, nanti mulut kita terlepas cakap ayat yang tak sepatutnya! Oleh itu, mari kita sama-sama elak daripada menyebut 9 ayat berikut, agar perkahwinan kita lebih tenang dan bahagia, ya? 9 ayat isteri patut berhenti cakap pada suami…

Read More

10 Tips Ambil Hati Ibu Mertua Yang Tidak Sekepala

Foto Kredit: http://www.lyssasecret.com Ramai menantu yang mungkin tak sebulu dengan mentua atas alasan kerana suami jenis anak mak atau disebabkan mentua terlalu cerewet. Sebenarnya ada banyak cara yang lebih manis untuk anda dekat dengan hati mentua, malah sekelip mata akan disenangi dalam kalangan ipar-duai. 1. Husnuzon (Bersangka Baik) Wanita selalu bersangka buruk dengan ibu mertua kerana perasaan takut tidak dapat menjadi isteri yang baik kepada anaknya. Sebab pemikiran inilah yang membawa kepada aura negatif. Cuba anda bersangka baik dengan ibu mertua anda, pasti semua akan baik-baik sahaja. 2. Belajar Kenal…

Read More

7 KELEBIHAN SOLAT DHUHA YANG MENJADI REBUTAN SURIRUMAH

Selain perkara wajib yang menjadi rutin, perkara sunat juga sangat dituntut bagi meraih keberkatan Ilahi. Walaupun kerja di rumah tak pernah putus, kita sebagai surirumah seharusnya tidak terlepas daripada merebut peluang menunaikan solat sunat dhuha pada setiap pagi. Kenapa? Ini antara sebabnya. 7 KELEBIHAN SOLAT DHUHA YANG MENJADI REBUTAN SURIRUMAH 1. DIPERMUDAHKAN URUSAN HARIAN Rutin harian menjadi surirumah bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang-kadang terlalu penat sampai nak makan pun tak sempat. Namun begitu, bukan semua orang boleh faham apa yang kita lalui, mahupun pasangan kita sendiri. Oleh itu, inilah…

Read More