Kisah DISIHIR Lelaki Sehingga SAKIT. Tapi Asbab Jaga Solat 5 Waktu “SESUATU” Berlaku

DISIHIR Lelaki Sehingga SAKIT. Tapi Asbab Jaga Solat 5 Waktu “SESUATU” Berlaku….  – Dunia jadi semakin moden dengan banyak teknologi dipelopori. Seiring dengan kemajuan, begitu juga minda dan cara pemikiran kita semua. Ketahyulan dan kepercayaan kepada sihir jin dan syaitan semakin terhakis. Bomoh dah semakin kurang dan ramai yang telah “pencen” kerana tiada lagi pemintaan kerja. TETAPI walau semakin ramai yang sudah maju, masih ada lagi yang kolot menggunakan cara “kotor”. Ikuti kisah seorang wanita yang bernama Hafni dari IIUM ni. Semoga menjadi pedoman kepada semua. Assalamualaikum semua.. Nama aku…

Read More

Ketahui Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta. Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya. Petua 1 : Sejurus bangun…

Read More

Ketahui Hukum Seorang Bapa Memeluk dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Baligh

Soalan: Apakah hukum seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya sendiri yang telah baligh dan dewasa? Jawapan: Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebas dari rangsangan syahwat. Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasaannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad: “Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?” Jawab…

Read More

Kau Kedekut Dengan Ibu Bapa, Hidup Kau Akan Sempit Biarpun Gaji BerPuluh Ribu

Betapa CELAKAnya manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan melahirkan tuannya..” Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya diri sendiri yang boleh jawab. Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak? Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya di bawah:…

Read More

Jangan Lakukan 5 Perkara Ini Ketika Bergaduh Dengan Pasangan

Ketika sedang rasa marah dan geram ketika bergaduh itu, ingat! Jangan buat 5 perkara ini pada pasangan anda. 1. Tengking. Tengking-menengking ini tiada gunanya. Masa tengking itu, anda mahu pasangan anda faham apa yang anda cuba sampaikan. Tapi sebenarnya bila anda menengking itu, anda dahlah buat pasangan anda takut lepas itu mahu beliau terima poin anda pula. Teknik itu, secara teorinya tidak akan mengeluarkan output yang dikehendaki. Jadi, buang masa saja. Kalau anda tengking sebab mahu lepaskan geram sahaja, itu lagi tidak bagus. Bila tengking ini, anda akan mencederakan emosi…

Read More

Jangan Jadi Suami Yang Cari Isteri Bila ‘Perlu’ Sahaja

Tadi semasa di Kuantan, seorang lelaki jumpa saya dan kata saya tak fahamlah wanita ni ustaz. Dan saya dah tak nak faham. Saya nak berpisah dah sebab kami tak sehaluan. Cuba abang tulis kebaikan isteri abang.. Saya tak tahulah ustaz, saya dah tak nampak baik dia. Saya pun penat. Biar saya bagitahu abang sebuah kisah. Kisah ni realiti yang berlaku. Bila kita suami sakit. Demam. Pening. Kita mengadu pada siapa. Isterikan. Saya tengah malam kadang sakit. Isteri tolong urutkan. Buatkan air panas. Risau. Carikan apa-apa ubat. Layan sakit kita.. Isteri…

Read More

Ciri – Ciri Rumah atau Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?

Antara kes-kes gangguan yang pernah dirujuk pada saya ialah masalah rumah atau premis yang mengalami gangguan. Jadi, dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah tanda-tanda yang biasanya dialami apabila rumah atau premis perniagaan anda mengalami gangguan jin. 1) Bau wangian/kemenyan/busuk/hanyir/hangit yang tidak diketahui puncanya. 2) Bayi kerap menangis bila berada di dalam rumah/premis perniagaan. 3) Benda bergerak atau berubah tempat dengan sendirinya. 4) Bunyi paip air dibuka di tandas atau di bilik air. 5) Bunyi perabot, benda berat, tukul besi diseret atau dihempas di rumah atas. Ini…

Read More

Ketahui 13 jenis Mimpi Ini Menandakan Anda Diganggu Jin dan Syaitan

Tulisan saya kali ini sebenarnya sudah pernah saya bahas dan banyak sekali mendapat respon dari pembacanya. Respon ini tentu tidak terlepas dari masalah yang saya bahas yaitu masalah mimpi. Semua orang pasti pernah bermimpi dan hampir setiap kita tidur mimpi itu datang. Di sini saya bukanlah seorang pentadbir mimpi sehingga setiap orang yang membaca tulisan ini akan bertanya pada saya tentang tafsiran dari mimpi-mimpi mereka. Perlu diketahui bahwa menafsirkan mimpi itu memerlukan ilmu tersendiri, terutama seseorang itu harus menguasai Al-quran dan hadis dengan baik. Jadi tidak sembarang orang yang dapat…

Read More

Ketahui 16 Rahsia Besar Yang Tersembunyi Dalam Sujud Ketika Solat

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain…

Read More

Ketahui Cara Solat Duduk Atas Kerusi Dengan Betul, Ramai Buat Silap

Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan akan peri pentingnya kedudukan solat di dalam agama kita. Kebelakangan ini, kami sering diajukan soalan berkenaan permasalahan solat secara duduk di atas kerusi. Justeru, dalam ruangan Tahqiq al-Masail edisi kali ini kami akan mengupas berkenaan satu isu penting yang sering menjadi pertanyaan di minda masyarakat…

Read More

Didik Isteri Dengan Didik Diri Terlebih Dahulu

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta…

Read More

Ketahui 4 Tindakan Wanita Ini Boleh Mencabar Nafsu Lelaki

Zaman sekarang ni, macam-macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku. Bukan sekali tapi berkali-kali. Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergoda dengan cucu sendiri? Bapa boleh terkam anak yang lahir dari rahim isteri sendiri? Pak guard yang dulu kita boleh harap, zaman sekarang berani memperkosa? Apa mereka tak punya belas ihsan dengan darah daging sendiri ke sampai tegar berbuat kejam sampai macam tu sekali? Nafsu mereka ni dah melampau-lampau ke? Hinggakan wanita menutup aurat pun tak terlepas daripada menjadi mangsa. Hakikatnya, semua orang tahu dan…

Read More

Ketahui 9 Tanda Taubat Kita Telah Diterima Oleh Allah SWT

Manusia tidak pernah lepas dari salah dan khilaf. Namun Islam adalah agama yang penuh pengampunan terhadap kesalahan dan khilaf yang dilakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Untuk itulah adanya taubat yang diberikan sebagai bentuk kesempatan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala  untuk umat manusia yang benar-benar menyedarikesalahan dan ingin memperbaiki diri menjadi manusia yang lebih beriman dan bertakwa di jalan Allah. Lalu bagaimana caranya kita mengetahui apakah taubat yang kita lakukan tersebut diterima atau tidak oleh Allah Ta’ala sedangkan mungkin dosa yang kita perbuat sangat besar dan terasa sangat sulit untuk diampuni? Berikut…

Read More

Ketahui Ayat Ini Dengan Izin Allah Boleh Hancur Ilmu Sihir di Tubuh Badan Kita

Sihir menjadi salah satu perbuatan perbuatan yang tidak disukai oleh Allah SWT. Hal ini kerana ketika seseorang menggunakan ilmu sihir untuk mencelakakan orang lain maka disaat itu ia telah mendekatkan diri kepada syaitan. Jika seseorang terkena ilmu sihir, maka orang itu akan mengalami kesakitan, masalah berpanjangan, atau bahkan boleh membawa kepada kematian. Maka orang di sekitarnya akan berusaha untuk mengeluarkan sihir tersebut melalui cara ruqyah. Ruqyah biasanya dilakukan dengan membaca ayat-ayat di dalam Al-Qur’an. Agar ruqyah tersebut mujarab maka kita harus membaca ayat untuk menghancurkan ilmu sihir. Oleh itu, ayat…

Read More

Ketahui Makhluk Sebenar Yang Menganggu Anak Kecil Anda

Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari gender perempuan yang suka mengganggu bayi dan anak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita hamil. Sebab itulah anak-anak yang baru lahir harus diazankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini. Apa Kerja Jin Ummu Sibyan? Kerja dia tak lain tak bukan adalah Mengganggu bayi yang baru lahir dan anak-anak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang hamil. Jin Ummu Sibyan memiliki wajah yang…

Read More