Ketahui Bahawa Dengan Wudhu Dapat Menyejukkan Hati dan Kawal Perasaan Marah

Rasulullah saw pernah menjelaskan orang yang kuat dalam pandangan syarak ialah mereka yang berjaya mengawal perasaan ketika marah untuk mengelak daripada bencana lebih buruk. Dia boleh mengalihkan situasi marah itu kepada satu keadaan yang lebih baik. Hal itu dijelaskan Abu Hurairah, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Islam mengajar umatnya bagaimana mengendalikan diri dalam keadaan marah supaya sifat marahnya itu tidak berlarutan.…

Read More

Ketahui Bagaimanakah Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu’?

Wudhu disyari‘atkan untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaan suci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang mushaf al-Qur’an. Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah tidur. Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh membawa kepada batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :…

Read More

Ketahui Hiburan Sebenar Yang Di Anjurkan Dalam Islam

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya : “Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”. – (Surah Al-ra‘ad: 28) Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya,…

Read More

Jom Amalkan Tips Untuk Mendapat Tidur Yang Berkualiti

1. Pastikan solat di awal waktu. Apabila sudah solat, mungkin tidur kita akan lebih berkualiti kerana hati kita tenang setelah sudah menunaikan kewajipan. Umumnya, solat di awal waktu lebih afdhal ketika tiada maslahat-maslahat lain yang ingin dicapai seperti meramaikan jemaah bagi waktu subuh, memperbanyakkan solat sunat sebelum asar, membolehkan Qiamullail bagi Isyak dan menyejukkan bahang bagi Zohor. Tanpa alasan dan maslahat tadi maka, semua solat adalah afdhal di awalnya. 2. Elakkan dari memakan makanan berat sebelum tidur. Ini kerana, apabila kita memakan makanan yang berat, perut akan menjadi penuh dan…

Read More

Ketahuilah Bahawa Wanita Tidak Bertudung atau Berpakaian Ketat Punca Penyakit Kanser

Rasulullah bersabda, “Para wanita yang berpakaian tetapi (pada hakikatnya) telanjang, lenggak-lengkok, kepala mereka seperti punuk unta, mereka tidak akan masuk syurga dan tidak mencium semerbak harumnya (HR. Abu Daud) Rasulullah bersabda,” Tidak diterima solat wanita dewasa kecuali yang memakai khimar (tudung) (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, bn Majah) Kajian ilmiah kontemporari telah mendapati perempuan yang tidak bertudung atau berpakaian tetapi ketat, atau telus, akan mengalami pelbagai penyakit kanser di bahagian anggota tubuhnya yang terbuka dan yang mengenakan pakaian ketat-ketat. Majalah perubatan Britain mengeluarkan hasil kajian ilmiah ini dengan mengutip beberapa…

Read More

Ketahui Tanda-Tanda Bahawa Hati Anda Sudah Kotor

Hati adalah tempat mangkalnya berbagai perasaan, tumbuh kembang antara kebaikan dan keburukan. Hati juga menjadi sumber ilham dan permasalahan, tempat lahirnya cinta dan kebencian, serta muara bagi keimanan dan kekufuran. Hati juga sumber kebahagiaan jika sang pemiliknya mampu membersihkan berbagai kotorannya yang berserakan, namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika sang empunya gemar mengotorinya. Antara Tanda-tanda Hati yang Kotor Ialah :- Gelisah walaupun tiada masaalah Selalu berbangga dengan diri sendiri Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang Sombong dan bongkak Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya Suka mengumpat dan membuka…

Read More

Wahai Sahabat Semua Ketahuilah Bahawa Nasihat Kubur Mati Itu Pasti

Bila sudah sampai masa kita, nyawa pasti tercabut. Kuburlah destinasi kita yang seterusnya, sementara menanti saat dipanggil ke Hari Akhirat. Semuanya akan kekal di sana tanpa dapat pulang semula. Oleh itu, beringat-ingatlah sebelum tiba masanya kita tidak akan dibenarkan pulang lagi. Itulah saat kematian. Ya, itulah kematian. Kita sering berhadapan dengan saat kematian ahli keluarga, kenalan atau sahbat handai. Sedarkah kita… hari ini kita solatkan jenazah orang, tapi suatu hari nanti, akan tiba masanya, orang lain pula yang akan solatkan jenazah kita. Nasihat Kubur : 1). Aku adalah tempat yg…

Read More

Persoalan Mengenai Adakah Sah Puasa Apabila Mandi Wajib Selepas Subuh. Ini Penjelasannya

USTAZ AZHAR IDRUS Soalan: Bolehkah melengahkan mandi wajib sehingga melepasi waktu subuh? Dan kita mengqada’ kan subuh tadi setelah selesai mandi? Jawapan: Haa ni soalan biasa di bulan-bulan puasa. Boleh tak kita mandi (wajib) lewat, mandi lepas subuh? Sebab tu bila kita pergi kuliah, ustaz akan baca kitab“dalam syarat sah berpuasa itu, hendaklah suci daripada darah haid & nifas. Adapun darah janabah, maka tidak disyaratkan suci daripadanya.” maksudnya.. hadas haid dan nifas sahaja yang menyebabkan puasa kita tidak sah. Adapun hadas janabah, dia tidak menganggu puasa kita. Janabah ni terjadi…

Read More

Wahai Anak – Anak Bebuat Baiklah Terhadap Ibu Bapa Kamu

BERBUAT BAIK TERHADAP IBU BAPA Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut ayat 8 yang bermaksud : Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya… Kita juga mestilah menjaga setiap tutur kata bicara yang diucapkan kepada mereka. Jangan sesekali menengking dan memarahi mereka sesuka hati kita. Allah s.w.t. mengingatkan kita dalam surah Al-Israa ayat 23 yang bermaksud : janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak…

Read More

Petua Membersihkan Hati Oleh Datuk Dr Haji Fadilah Kamsah

Petua Membersihkan Hati Oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah. Petua Membersihkan Hati Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah) 1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” 2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan…

Read More

Ketahui Rahsia Awet Muda yang Jarang Diungkap!

Dr. Stephen percaya pada penyembuhan alami dalam tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Yaitu dengan: Memakan buah segar. Umumnya, masyarakat menilai makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita? Tapi tidak semudah yang kita fikirkan, makan buah itu ada caranya, jika anda tidak tahu caranya justru bukan manfaat yang akan anda dapatkan! CARA TEPAT MAKAN BUAH! Tidak makan buah-buahan, setelah makan. Buah juga harus dimakan pada saat perut masih kosong. Memakan buah akan menjadi berbahaya jika bercampur dgn makanan lain. Karena akan membusuk & menghasilkan gas…

Read More

Jauhi 8 Perkara Lidah Yang Boleh Mencampakkan Seseorang Ke Neraka Jahanam

Ulama mengatakan yang lidah ini fizikalnya kecil sahaja tetapi besar implikasi dosanya. Al-Habib Zin Ibni Ibrahim Ibni Sumair, seorang ulama besar yang masih hidup dan tinggal di bumi Madinah sekarang ini berkata, anggota badan lain tidak perlu kepada penjagaan yang banyak, tetapi lidah dijaga dan dipagari oleh 2 anggota lain iaitu gigi dan mulut. Ini menunjukkan betapa bahayanya lidah. Imam Ghazali pula dalam kitab Ihya’ Ulumiddin membicarakan perihal-perihal kemusnahan yang disebabkan oleh lidah sehingga 79 muka surat (dalam bahasa arab). Ini menunjukkan kepentingan lidah itu dijaga agar tidak menjerumuskan manusia…

Read More

Wahai Wanita Semua, Jangan Kamu Seksa Kaum Lelaki

Cuba anda bayangkan… Ada seorang lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ini sangat cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan bertudung, tapi sayang baju dia ketat. Walaupun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Si lelaki ini, masa mula-mula dia duduk di sebelah perempuan tu dia masih dapat ‘control’ lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus…

Read More

Ketahui Hal Yang Sebenar Kenapa Perlu Ada Objek Di Hadapan Orang Solat?

Tuan/puan mungkin pernah atau biasa melihat seseorang yang bersolat berseorangan dan di hadapannya terdapat sebuah objek bukan? Kadang-kadang objeknya adalah beg, tongkat, kayu rehal, kerusi, bangku, kipas angin atau bakul. Ia sengaja diletakkan di hadapan mereka sebelum bersolat. Perbuatan begini mereka lakukan jika bersolat di ruang yang terbuka. Jika di sana ada dinding atau tiang, yakni objek yang kukuh dan lebih kekal, nescaya mereka memilih untuk melakukan solat mengadap dinding atau tiang itu. Itu yang lebih utama berbanding objek-objek di atas. Yang pastinya, mereka tidak membiarkan di hadapan mereka kosong…

Read More

Info Bermanfaat : 10 Nasihat Bagi Kita Yang Dah Berumur 50 Tahun Ke Atas…

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj 10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas. Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih. Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia. Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada. 1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja 2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada…

Read More