Ketahui Tanda-Tanda Bahawa Hati Anda Sudah Kotor

Hati adalah tempat mangkalnya berbagai perasaan, tumbuh kembang antara kebaikan dan keburukan. Hati juga menjadi sumber ilham dan permasalahan, tempat lahirnya cinta dan kebencian, serta muara bagi keimanan dan kekufuran.

Hati juga sumber kebahagiaan jika sang pemiliknya mampu membersihkan berbagai kotorannya yang berserakan, namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika sang
empunya gemar mengotorinya.

Antara Tanda-tanda Hati yang Kotor Ialah :-

  • Gelisah walaupun tiada masaalah
  • Selalu berbangga dengan diri sendiri
  • Angkuh dengan memandang hina terhadap semua orang
  • Sombong dan bongkak
  • Selalu mengintai keabaian orang dan menyebarkannya
  • Suka mengumpat dan membuka aib orang lain
  • Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.
  • Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.
  • Suka menyakiti hati orang dengan sindiran
  • Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang
  • Menyampaikan ilmu dengan riak
  • Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain
  • Berpakaian elok untuk dipuji
  • Derhaka kepada kedua ibu bapa
  • Talam dua muka- manis didepan tapi jahat dibelakang
  • Suka mentuhkan dan memijak orang dengan kuasa yg ada
  • Solat yang tidak boleh khusyuk
  • Kagum terhadap diri sendiri
  • Selalu mencari salah orang
  • Cintai kepada duniawi dan materialistik
  • Mudah bersangka buruk terhadap orang
  • Membesar besarkan hal yang remeh temeh
  • Suka bergosip dan menabur fitnah
  • Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.
  • Tepuk dada dan tanyalah Iman, Muhasabah diri sendiri dimanakah Tahap IMAN kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *