Ini PUNCA Pencuri Jadi ‘Kepanasan’ Dan Hantar Semula Barang Yang Diambil Dalam Tempoh 24 Jam

Sesungguhnya doa orang-orang teraniaya adalah dimakbulkan tuhan. Jangan sesekali berniat untuk menganiayai orang lain kerana doa golongan ini pasti akan diperkenankanNya. Seorang pencuri bertindak memulangkan semula barang dicuri dari sebuah rumah yang bernilai RM1,200 dalam tempoh tidak sampai 24 jam dipercayai ‘kepanasan’ kerana bimbang ditimpa kejadian tidak diingini.

Mangsa, Persi Saperi, 43, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Manis, di sini jam 6.46 petang kelmarin, selepas kediamannya di kuarters Jabatan Bekalan Air Selumit, di sini, dipecah masuk. Katanya, antara barang hilang adalah televisyen dan tong gas yang dipercayai dibawa lari menerusi tingkap belakang rumahnya yang diumpil.

“Berikutan itu, saya berdoa dan bertawakal kepada Allah supaya pencuri berkenaan memulangkan semula barang kepunyaan saya itu.

“Pada solat Subuh (semalam), saya ada membaca beberapa potong ayat suci al-Quran dan memohon sepenuhnya kepada Allah supaya saya mendapat kembali barang yang dicuri itu.

“Berbekalkan sedikit ilmu dan keizinan Allah, saya cuba ‘memanggil’ kembali pencuri berkenaan agar mengembalikan barang yang diambil… Selebihnya, saya bertawakal kepada Allah,” katanya.

Doa Persi yang teraniaya itu termakbul apabila televisyen dan tong gas yang dicuri ditemui semula. Katanya, barang berkenaan diletakkan di kawasan lapang tidak jauh daripada kediamannya pada jam 1.30 petang, kelmarin.

“Sejurus pulang daripada Tanjung Manis, saya terkejut melihat barang yang hilang seperti dipulangkan semula,”

Katanya, walaupun kesal dengan kejadian berkenaan, dia bagaimanapun tidak berdendam dengan si pelaku, malah mendoakan supaya pencuri terbabit kembali ke pangkal jalan.

“Belum terlambat kepada kita yang banyak berdosa ini untuk memohon keampunan dan bertaubat.

“Jadilah insan yang memberi manfaat kepada manusia lain,” katanya.

Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Bagi orang yang teraniaya, mintalah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh agar diri mendapat pembelaan sewajarnya dan semoga orang yang menganiaya mendapat pembalasan yang setimpal.

5 Amalan Doa Mencari Barang Hilang

1. Sholat Hajat 2 Rakaat Dan Berdoa Seperti Dibawah Ini

Diriwayatkan oleh Abi Syaibah di dalam Mushannif nya dan Ath-Thabrani dari hadits Ibnu Umar yang maknanya adalah barangsiapa yang kehilangan sesuatu maka hendaklah dirinya berwudhu, shalat dua rakaat, tasyahhud lalu mengucapkan:

بِسمِ اللهِ يَا هَادِي الضَّلاَل وَرَادَّ الضَّالَّةِ اردُد عَلَيَّ ضَالَتِي بِعِزَّتِكَ وَسُلطَانِكَ فَإِنَّهَا مِن عَطَائِكَ وَفَضلِكَ

Bismillah Yaa Hadii adh Dhalal wa Roodda adh Dhaalah Urdud ‘alayya Dhalatiy bi ‘Izzatika wa Sulthanika Fa Innaha min Athaaika wa Fadhlika (Dengan nama Allah, Wahai Yang Menunjuki yang tersesat dan Yang Mengembalikan yang hilang (maka) kembalikanlah kepadaku (sesuatu) yang hilang (dari) ku dengan keagungan-Mu dan kekuasaan-Mu. Sesungguhnya ia (sesuatu) itu adalah pemberian-Mu dan karunia-Mu).” (HR. Abi Syaibah)

2. Membaca Surat Al-An’am

Salah satu Amalan Doa Mencari Barang Hilang Karena Dicuri, Lupa Atau Disembunyikan Makhluk Gaib adalah membaca surat Al-An’am ayat 103 ini. Ayat ini bahkan disebut sebagai ayat ajaib, karena sangat manjur dan telah dibuktikan oleh banyak orang.

Sebab saat dibaca berulang-ulang ketika dalam proses pencarian, maka tidak terasa seperti diberikan petunjuk kemana harus mencarinya.

Dimana ayat ini berarti ; ” Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui.”

3. Membaca Doa Nabi Yunus Dan Shalawat

Saat kehilangan barang, Ambillah wudhu lalu dirikan salat hajat sebanyak 2 rakaat.

Kemudian setelah selesai maka bacalah Al-fatihah sebanyak 21 x, kemudiaan bacalah ‘laa illaha illa anta subhanaka inni kuntuk munadzoliminn sebanyak 100 kali. Lalu berdirilah dan baca sholahaw nabi sebanyak 4 kali, lalu tiupkan ke arah barat. Dan baca lagi 4 kali dan tiupkan sampai 4 penjuru arah mata angin.

4. Amalan Doa Asmaul Husna

Salah satu dzikir Asmaul Husna yang bisa dibaca adalah Al-Khaaliq yang berarti Yang Maha Pencipta Segalanya. Di mana dzikir ini dibaca sebanayak 500x.

Dan lebih baik lagi jika dibaca pada waktu tengah malam setelah melaksanakan shalat hajat 2 rakaat. Setelah itu berdoalah agar barang yang hilang dapat segera ditemukan kembali.

5. Shalat Tahajud

Amalan terakhir yang bisa dilakukan untuk menemukan barang yang hilang dengan melakukan shalat tahajud adalah sebagai berikut. Dimana dianjurkan untuk melaksanakan shalat tahajud 4 rakaat ditambah shalat witir 1 rakaat.

Kemudian lanjutkan dengan membaca surat Al-Waqiah, Al-Mulk, Yassin dan ayat kursi masing-masing sebanyak 3 kali. Kmeudian selanjutnya bacalah surat Al-Fatihah, An-naa, Al-Falaq dan Al-Ikhlas masing-masing 7 kali. Selanjutnya lanjutkan dengan membaca kalimat tauhid atau syhadat sebanyak 17 kali dan shalawat nabi sebanyak 8 kali.

Kemudian bacalah doa berikut ini.

“Allahumma innaka ta’lamu ayna dholatii wa ayna dhoolats, Allahumma yaa roddadh-dhollati wa yaa haadiyan minadh-dhollati wa yaa jamian-nasi liyawmin laa royba fihi, ijma’alayya dhollatii innaka ‘ala kulli syay-in qodiir.”

Artinya: “ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia telah hilang. Ya Allah, wahai Yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, kumpulkanlah padaku barangku yang hilang. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Sumber: B.harian

kredit : mingguanwanita.my

Related posts

2 Thoughts to “Ini PUNCA Pencuri Jadi ‘Kepanasan’ Dan Hantar Semula Barang Yang Diambil Dalam Tempoh 24 Jam”

  1. Nursyafiqah ellisa

    Bila hp kta hilang sya ini blik kn hp tu sbb no tel family saya dlm tu

    1. admin

      Semoga dipermudahkan segala urusan

Leave a Comment