Memperbodohkan Diri Atau Diperbodohkan? Dengar Alasan Sharifah Sakinah Makan Nasi Bersarung Tangan.

PELAKON Sharifah Sakinah mengakui tindakannya menunggang seekor gajah bersama suami Aliff Adha ketika bercuti bukan suatu yang wajar dilakukan untuk hiburan.

Bagaimanapun, Sakinah yang berkongsi pengalaman menerusi sebuah video itu berkata, ia hanya menyokong kepada kekejaman dan eksploitasi terhadap haiwan liar.

“Nampak gembira ya, ia mesti menjadi salah satu kenangan manis saya yang menunjukkan cinta saya kepada alam semula jadi dengan menunggang seekor gajah yang besar.

“Sedikit yang saya tahu bahawa mereka terpaksa melakukannya. Gajah itu sedang hamil dan dia tidak mahu berjalan tetapi pemiliknya terus bersungguh-sungguh, memukul dan mengeluarkan pisau untuk mengancam makhluk yang lemah itu,” tulisnya di Instagram.

Katanya, gajah-gajah tersebut dijinakkan dengan cara kejam sejak kecil dan ia merupakan sisi gelap dalam industri pelancongan yang sepatutnya didedahkan kepada umum.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on May 3, 2018 at 8:52pm PDT

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka ini berkata, orang ramai sepatutnya diberi kesedaran tentang perkara itu agar tidak terus mewujudkan permintaan terhadap bisnes tersebut.

“Secara semula jadi, gajah liar tidak akan membiarkan manusia menungganginya. Mereka dijinakkan dalam proses kejam sejak bayi.

“Ia melibatkan pemisahan dari ibu, memukul, kelaparan dan tidak dibenarkan tidur selama beberapa hari. Inilah sebenarnya sisi gelap pelancongan yang kita perlu wujudkan lebih banyak kesedaran.

“Jika tidak ada permintaan, tidak akan ada bekalan atau keperluan untuk memaksa mereka untuk bekerja,” ujarnya.

Sakinah memohon orang ramai agar lebih berperi kemanusiaan bukan sahaja kepada gajah tetapi haiwan lain yang menerima nasib sama.

“So guys tolonglah jangan terhibur dengan ini. Anda juga dapat membantu menghentikan kekejaman ini.

“Ini bukan sahaja terpakai untuk gajah tetapi juga dengan pertunjukan lain seperti sarkas atau ikan lumba-lumba,” ujarnya.

Related posts

Leave a Comment