Abby Abadi Bersyukur Terima Amanat Allah. Semoga Menjadi Insan Yang Mulia.

“Rezeki Allah,” itu perkongsian Abby Abadi menerusi Instagram miliknya baru-baru ini setelah dia berjaya mengambil seorang anak angkat lelaki, pada Selasa. Pada masa sama, Abby turut berdoa agar urusan melakukan proses dokumentasi terhadap bayi tersebut dipermudahkan.

“Bila ALLAH nak bagi…Syukur. Doakan semoga segala urusan dokumentasi dipermudahkan,” tulisnya yang turut berkongsi, bayi yang belum diberi nama itu diambilnya sejurus dia dibenarkan keluar daripada hospital.

Terdahulu, Abby menerusi entri Instagram sebelumnya ada memaklumkan mengenai keinginannya untuk mengambil anak angkat

VIDEO:

👶🏻 . Ambil Baby yg baru berusia 9hari ni terus gi shopping beli brg2 Baby.. Terserempak Oman, Memey & anak2 kat Wangsa Walk. Oman terus ambil video dulu. Walaupun rasa tak aci, takpelah.. kita pun tak nyempat nak ambil hihi 😍 . Repost from @normanhakim_786 @TopRankRepost #TopRankRepost ‘Baby baru’ abah @jaiezzany & mama @abby_abadi112 n ‘family member’ baru kitaorang semua!❤🤗 . . Rezeki Allah..baru je pagi tadi mama @abby_abadi112 luahkan hasrat dia nak ‘anak’ & tak sampai tengahari ni Allah makbulkan permintaan dia.Allahu comel sangat baby ni,dah mcm seiras ‘adik beradik’ dia yang lain . . Welcome onboard anak…awish & kikim pun masa nak berpisah tadi menangis melalak2 tak nak tinggalkan baby ni.Semoga Allah s.w.t memberkati permulaan silaturahim ini.Semoga baby ni happy dapat bersama kami sekeluarga & sama2 membawa seribu rahmat dan barakah buat abah,mama & kami sekeluarga Aamiin Ya Rabb❤

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

Related posts

Leave a Comment

+ 49 = 55