Budak-Budak, Apa Yang Mereka Tahu. Tak Perlulah Nak Jerit-Jerit Budak Perangai Macam Monyet. Jagalah Perasaan Tetamu.

Sejak kebelakangan ini, banyak viral di media sosial kes-kes anak tetamu datang beraya berkelakuan tidak sepatutnya meskipun sudah ditegah oleh ibu bapanya. Sehingga ada tuan empunya rumah menanggung kerugian ribuan ringgit dan haiwan peliharaan mereka tidak bernyawa.

Hendak dipersalahkan, mereka masih lagi kanak-kanak. Hendak ditegur, dibimbangi tetamu pula berkecil hati. Kedua-dua pihak terpaksa menjaga hati masing-masing. Tetapi bagi wanita ini, perkara itu tidak perlulah diperbesarkan kerana sudah lumrah kanak-kanak bermain dan spontan melakukan apa saja yang terlintas di fikirannya pada ketika itu.

Bagi beliau, saudara mara dan kenalan hanya datang menziarahi kita di hari perayaan sahaja dan sebagai tuan rumah kita sepatutnya meraikanlah tetamu yang sudi datang menziarahi kita.

RUMAH saya tak ada TV Plasma. Rumah saya tak ada koleksi Hot Wheel atau apa-apa saja koleksi mahal. Rumah saya tak ada pun hiasan berkaca, barang mewah, sofa tebal. Tak ada.

Datang saja beraya bawa anak-anak. Rumah saya, tak kisah bersepah, tak kisah makan kuih berterabur pada karpet. Tak apa. Nama pun raya, tetamu datang masa raya sahaja. Hari lain, bulan lain belum tentu.

Raikanlah tetamu, tetapi jangan sesekali panggil anak orang macam monyet, terlebih gula, terlebih hiper. Jangan. Luluh hati si ibu, tak minta pun anak tiba-tiba datang rumah orang pecahkan tv, datang rumah orang kelebek koleksi, buka pintu bilik rumah orang. Spontan nak jadi.

Jangan kerana anak kita sopan, kita kata anak orang macam monyet. Jangan kerana anak kita dengar kata, kita kata anak orang degil nak mampus. Jangan kerana anak kita duduk diam, kita kata anak orang terkinja-kinja.

Setiap kali raya, mesti ada viral pasal kisah anak-anak buat hal di rumah orang yang dikunjungi dan komen-komen netizen sungguh menyakitkan hati. Tak semua anak akan dengar kata walau berkali-kali sebelum keluar kereta dah pesan banyak kali.

Sekadar nukilan, anak itu anugerah. Masa kecil mungkin sedikit nakal, inshaAllah besar nanti jadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Doakan yang baik-baik.

Sumber: Azlina Ahmad

Buat Anak pandai, didik tak tahu’ – TV Plasma pecah, 20 ekor ikan tidak bernyawa angkara anak tetamu datang beraya

Jika sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita empat ekor anak kucing tidak bernyawa angkara budak-budak datang beraya, dalam dua kes terbaru ini pula melibatkan televisyen (TV) dan ikan peliharaan.

Dalam kes pertama, TV plasma milik saudara kepada Qhalida Qaseh, pecah disebabkan anak tetamunya yang hiperaktif berlari ke sana sini. Apa yang menyedihkan, TV yang dibeli dengan harga RM3,999 itu baru saja diguna dua bulan dan akhirnya menemui ‘ajalnya’ di hari raya.

“Ada keluarga bertandang ke rumah sedara aku. Anak dia hiperaktif gila, mak dia pula marah-marah macam tu saja. Tak ada nak tarik anak, duduk dengan dia diam-diam. Berlari sana sini dan tiba-tiba, GEDEGANG!!!

“TV Plasma jatuh! Berderai baii!! Serpihan berterabur. Terus sedara aku terpekik yang TV itu dia beli dengan harga RM3,999 baru dua bulan rasmi.“Budak-budak itu terus cuak dan terus berdiri di belakang mak dia. Mak dia pula terkedu, suami dia pula bangun dan terus keluar rumah. Haram punya perangai.

“Mak dia buat-buat marah, selepas itu kata “Pergi kat ayah. Maaflah ye, suami tergesa-gesa keluar, saya kena ikut, nanti kena tinggal.

“Terus sedara aku keluar pergi tarik suami dia.

“Bang, harga tv RM3,999. Bayarlah sekarang ye. Saya kumpul empat kali gaji. Kalau tak bayar, jangan balik. Saya lapor polis dan dakwa korang datang ceroboh dan rosakkan harta benda.” 

“Terus suami dia terdiam dan berbincang dengan isterinya. 10 minit kemudian dia datang balik dan kata mampu bayar RM2,000 sahaja. Akhirnya isteri dia gadaikan handphone dan emas untuk cukupkan RM3,999 dan petang itu juga settle.

“Konklusinya di sini, kadang-kadang kita nampak benda remeh, tetapi besar impaknya kalau anak-anak kita tak dididik dengan akhlak dan adab bertandang. Jangan kata, “Ala, budak-budak biasalah”, kerana di situ menunjukkan anda gagal mendidik. Beranak pandai, didik tak tahu,” tulisnya.

Sementara itu dalam kes berasingan, Aman Mokthar berkongsi pula kejadian yang menimpa rakannya di mana ikan-ikan peliharaannya tidak bernyawa disebabkan anak-anak tetamu yang datang beraya ke kediamannya.

“Before this heboh pasal anak kucing tidak bernyawa kena rendam dalam air dan TV plasma tuan rumah jatuh dan pecah. Kedua-duanya tentang kes datang beraya bawa anak-anak yang hiperaktif tetapi tidak dipantau.

“Sekarang salah seorang rakan saya di Instagram mengatakan ikan-ikan di dalam kolamnya banyak tidak bernyawa disebabkan kes yang sama, bawa anak datang beraya tetapi tidak dipantau dan dijaga.

“Ini kes tabur sebalang makanan di kolam ikan begitu saja, dan ikan tak makan makanan itu serta ia memberikan kesan kepada ikan-ikan itu. Keesokan harinya, 20 ekor ikan semua terapung tidak bernyawa.

“Tolonglah, terutama kepada yang ada anak-anak kecil itu, jaga elok-elok dan pantau seketat yang mungkin. Nak bawa anak-anak kecil boleh, tetapi jangan sedap nak penuhkan perut sendiri sampai anak sendiri tak terpandang perangai di tempat orang.

“Ikan-ikan kolam ini bukan murah nak beli. Last gambar itu, ikan itu dah ready nak bertelur tetapi dah sampai ajal. Kasihan tuan rumah.“Lain kalau kalau tahu anak itu dah perangai buas sangat dan diri sendiri tak reti nak kawal, lebih baik tinggalkan saja anak di rumah. Jangan nanti menyusahkan orang lain. Ini datang beraya rumah tau, bukan di padang bola,” tulisnya.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika ibu bapa mengawasi kelakuan anak-anak mereka apabila datang beraya di rumah saudara mara atau kenalan. Hati tuan rumah mana yang tidak ‘pecah’ jika harta mereka dirosakkan, ditambah pula dengan ada segelintir ibu bapa yang hanya tahu menegah tetapi tidak bertindak melarang anak mereka dengan tegas.

Adab mengunjungi atau menziarahi rumah saudara mara dan kenalan di hari raya wajar diajar kepada anak-anak agar mereka faham dan tidak menimbulkan rasa kurang senang. Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Sumber: TheReporter

One comment

  1. Masaalah bukan anak,anak.Ibu bapa yg bertanggung sebab tidak mahu discipline anak2.Walau seribu kali kita menasihat tapi anak masih tidak dengar.Kita tidak bolih buka tangan,menyalahkan anak memang macam tu.Itu bukan jawapan.Itu malas nama nya.Jagan sekali-kali menbiarkan anak2 merosakan barangan oranglain.Didik namanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + 1 =