Hikmah Mempunyai Kawan Baik. Ini Yang Berlaku Apabila Menjadi Terlalu Rapat. Sekali Mak Dia Daa.

CIRI-CIRI RAKAN YANG BAIK

Rakan baik sentiasa memberikan kata-kata positif kepada kawannya

Setiap orang mempunyai impian untuk mempunyai seorang rakan yang baik kerana mereka dapat membantu kita apabila kita menghadapi musibah.

Antara ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah mereka berupaya membantu kita apabila kita berada dalam kesusahan. Rakan yang baik akan sentiasa memberikan sokongan kepada kita dengan memberikan nasihat kepada kita agar menjadi seorang yang tabah. Di samping itu juga mereka akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang sedang membelenggu diri. Ada juga yang akan meminjamkan sejumlah wang kepada kita jika kita mempunyai masalah kewangan seperti hutang. Rakan yang baik akan sentiasa bersama dengan kita ketika senang atau susah dengan memberikan dorongan untuk menghadapi ujian hidup yang lebih mencabar.

Ciri-ciri seorang rakan yang baik ialah rakan yang sentiasa mempamerkan adab dan akhlak yang mulia untuk dijadikan ikutan kita. Rakan yang baik akan selalu menasihati kita jangan melakukan kesalahan dan menegur orang ke arah kebaikan. Rakan yang baik juga boleh dijadikan tempat meluahkan masalah supaya beban masalah yang ditanggung akan berkurangan.

Apabila kita sakit, mereka akan menziarahi kita untuk bertanyakan khabar dan membincangkan perkara-perkara yang menarik. Mempunyai rakan yang baik dapat membimbing kita ke jalan yang benar agar kita tidak terlibat dalam kancah maksiat. Ia dapat mengajar kita menjadi seorang yang matang, berpendirian tegas, bijak membuat keputusan dan tidak mudah mengaku kalah.

Rakan yang baik tidak akan selalu mengambil kesempatan ke atas kita jika kita mempunyai kelemahan tersendiri, sebaliknya dia akan mengajar kita membaiki kelemahan agar kita tidak ditindas orang yang tidak berhati perut.

Ciri-ciri rakan yang baik akan sentiasa mengajak kita melakukan kebaikan seperti menolong orang, pergi ke surau atau bersedekah, dan mereka akan melarang kita daripada melakukan kejahatan seperti mencuri, merompak mahupun menipu. Mereka juga sanggup berkorban untuk kita dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga demi melihat kita akan bahagia semula.

Rakan yang baik juga pasti tidak akan sanggup melihat kita berada dalam kesusahan. Mereka pasti akan berusaha untuk membantu kita dengan harapan kita tidak akan menderita akibat daripada kesusahan tersebut. Mereka juga akan tetap setia bersama kita dan tidak akan sekali-kali berpaling tadah dengan membuat khianat seperti harapkan pagar, pagar makan padi.

Rakan yang baik juga akan sentiasa menghormati orang terutama sekali orang tua, ibu bapa dan guru-guru. Rakan yang baik juga akan sentiasa menjaga kebajikan orang dan prihatin terhadap masalah yang menimpa orang lain. Kita hendaklah tengok ciri-ciri rakan yang baik dari segi dalaman bukannya dari segi luaran.

Ciri-ciri rakan yang baik ialah jenis rakan yang tidak angkuh dan bongkak, malah akan mudah mesra apabila berkawan dengan sesiapa serta mudah bertegur sapa. Rakan yang baik juga tidak mudah cepat panas baran apabila diusik dan boleh dibawa bergaul yang disertakan dengan batasannya.

Kesimpulannya, setiap orang harus bijak memilih ciri-ciri seorang rakan yang baik agar kita tidak susah di kemudian hari dan akan memperoleh kesenangan hidup yang berpanjangan.

 

Related posts

Leave a Comment