Huru Hara Di Laut, Beratus-Ratus Orang Menjerit, Cuba Berpaut Pada Feri Yang Sedang Tenggelam.

Kemalangan itu berlaku pada sebelah petang 3 Julai (waktu tempatan) berhampiran Pulau Selayar apabila gelombang besar angin membuatkan satu sisi feri rosak dan menyebabkan air melimpah ke dalam feri.

Reuters memetik kata-kata daripada pihak Perkhidmatan Pencarian dan Penyelamat Kebangsaan berkata, feri tersebut membawa sejumlah 164 orang.

Media tempatan berkata kemalangan itu berlaku apabila feri itu hampir berlabuh, menurut Reuters. Imej-imej di saluran TV Indonesia menunjukkan masih ada ratusan orang yang memakai jaket keselamatan yang bergantungan di atas kapal tersebut, berusaha untuk tidak jatuh ke laut.

Sementara itu, beberapa penumpang lain yang memakai jaket keselamatan, terapung di laut dan menunggu untuk diselamatkan.

Kementerian Pengangkutan Indonesia mengesahkan feri tersebut tenggelam kira-kira 300 meter dari pantai. Gelombang ombak besar telah menenggelamkan trak dan kenderaan lain yang berada didalam feri tersebut.

Kapal penyelamat yang besar tidak dapat sampai ke feri yang hampir tenggelam itu akibat ombak yang sangat besar tetapi sekumpulan kecil bot nelayan cuba untuk membantu menyelamatkan nyawa yang kebanyakan mereka memakai jaket keselamatan.

Seramai 130 orang diselamatkan, tiga hilang dan 31 orang meninggal dunia.

Beratus-ratus orang masih tidak diselamatkan dan cuba untuk tidak jatuh ke laut.

 

Related posts

Leave a Comment

90 − = 87