Ustaz Kazim bukan jenis meminta, Dia akan usahakan sendiri semuanya. Namun

Hanya sebahagian daripada Bangunan Tahfiz Darul Barakah milik pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang akan dijual.

Abang Kazim, Datuk Najmuddin Elias yang mengesahkan perkara itu kepada mStar Online berkata, berdasarkan maklumat berkaitan Darul Barakah yang diketahuinya, hanya bangunan yang menempatkan pelajar tahfiz sahaja akan diserahkan kepada pengurusan baharu dalam usaha mengurangkan kos operasi pusat pengajian itu.

“Setiap bulan kos mencecah hampir RM180,000. Keadaan kesihatan Kazim pula sudah tidak seperti dulu, ceramah pun tak banyak.

“Perubahan ini tidak akan menjejaskan pelajar tahfiz sebaliknya hanya akan bertukar pengurusan baharu sahaja, tapi saya pun tak pasti lagi,” katanya ketika dihubungi, Selasa.

Selain Darul Barakah, sebahagian lagi bangunan yang dikenali sebagai Kompleks Barakah yang menjadi pusat untuk pengajian pondok tidak akan dijual, katanya.

Najmuddin dihubungi untuk mengulas mengenai posting di laman Facebook adiknya, yang memberi gambaran mengenai penutupan Bangunan Tahfiz Darul Barakah.

Kazim dijangka akan mengadakan sidang media berhubung isu ini pada Rabu.

Dalam pada itu, Najmuddin juga berharap agar orang ramai dapat memberi sumbangan agar kelangsungan pusat tahfiz itu tidak terjejas.

“Kazim ni bukan jenis meminta. Dia akan usahakan sendiri semuanya. Namun jika anda yang bermurah hati, saya harap akan ada yang membantu.

“Sekiranya Darul Barakah bertukar pengurusan sekali pun, saya juga berharap agar Kazim boleh dilantik sebagai penasihat supaya ia kekal berjalan seperti biasa,” ujar Najmuddin lagi.

Desas-desus mengenai penutupan Bangunan Tahfiz Darul Barakah mula bertiup kencang selepas Kazim memuat naik satu posting di laman Facebook pada 4 Julai lalu.

Malah, terdapat pula satu entri di laman mudah.my yang mengiklankan Kompleks Darul Barakah yang terletak di Manjoi, Perak dengan harga RM5,000,000.

Hasil semakan, entri iklan mengenai Kompleks Darul Barakah itu dimuat naik oleh seorang individu bernama Ruzanna.

Bangunan berkeluasan 27,770 kaki persegi yang dibina atas tanah seluas 1.7 ekar itu mempunyai tiga blik kuaters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm, asrama, kantin, pondok pengawal, stor, surau dan sebuah banglo yang digunakan sebagai pejabat pengurusan.

Harga RM5,000,000 yang ditetapkan masih boleh dirunding dan pengiklan turut meninggalkan nombor telefon untuk mereka yang berminat.
Satu posting di laman Facebook pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang memberi gambaran penutupan Bangunan Tahfiz Darul Barakah miliknya mengundang perhatian ramai.
Desas-desus itu dikuatkan lagi dengan satu entri di laman mudah.my yang mengiklankan Kompleks Darul Barakah yang terletak di Manjoi, Perak itu dengan harga RM5,000,000.

“Bangunan Tahfiz Darul Barakah menempatkan ratusan pelajar. Saya membinanya dengan nilai keselesaan, cantik dan sejuk mata memandang.

“Sangat tinggi nilai halus kepada setiap pengunjungnya dan di sinilah tempat awal rakaman rancangan Kalau Dah Jodoh.

“Namun saya manusia biasa, berseorangan ke hulu ke hilir mencari sesuatu yang boleh menampung. Penat, uzur apatah lagi semakin sukar bergerak menjadikan semuanya semakin terbatas.

“Memang tidak sanggup berpisah dengan sekolah ini tetapi kalau berterusan begini maka perpisahan dan penutupan adalah jalan terbaik,” tulis Kazim di laman Facebooknya.

Posting yang dimuat naik pada 4 Julai ini menerima lebih 1,500 tanda suka dan dikongsi lebih 300 pengguna Facebook.

Sementara itu, dalam posting Kazim pada Selasa, Kazim mendakwa terdapat usaha untuk menyekat dirinya daripada berceramah, menyebabkan pembiayaan sekolah tersebut terganggu.

“Pembiayaan sekolah ini adalah dari hasil kuliah dan ceramah saya setiap hari. Kalau ada usaha menyekat ceramah bagaimana saya ingin meneruskan sekolah yang memerlukan dana yang besar.

“Setiap hari memikir dan susah hati nasib pelajar-pelajar daripada anak yatim, warga emas sehinggalah mualaf yang menetap dan belajar di sini.

“Kalau saya tak mampu lagi saya minta maaf banyak-banyak,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen meluahkan kegusaran mereka dengan penutupan pusat tahfiz berkenaan.

Malah, ramai yang turut meluahkan hasrat untuk membantu agar pusat tahfiz milik Kazim dapat beroperasi seperti biasa.

“Marilah kita sama-sama menyumbang kepada sekolah ini. Seorang RM10 kalau seribu orang dah boleh bantu tampung perbelanjaan,” tulis Ramlah Kasim.

“Kenapa kena tutup ya ustaz? Pelajar dah kurang atau kekurangan dana untuk menampung? Kalau begitu mungkin ustaz boleh kongsi nombor akaun, InsyaAllah ramai yang ingin menyumbang,” tulis seorang lagi pengguna Facebook.

image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/10/kazim-jual-pusat-tahfiz/~/media/30a182bf158d41c79480eaee17759fbe.ashx?la=en

Sementara itu, hasil semakan di laman mudah.my mendapati entri mengenai Kompleks Darul Barakah itu dimuat naik oleh individu bernama Ruzanna pada Sabtu.

Bangunan berkeluasan 27,770 kaki persegi yang dibina di atas tanah seluas 1.7 ekar itu mempunyai tiga bilik kuarters guru, enam bilik darjah, empat bilik dorm, asrama, kantin, pondok pengawal, stor, surau dan sebuah banglo yang digunakan sebagai pejabat pengurusan.

Berdasarkan posting tersebut, RM5,000,000 yang ditetapkan masih boleh dirunding dan pengiklan turut meninggalkan nombor telefon untuk mereka yang berminat.

Sumber : mstar

Related posts

Leave a Comment

+ 88 = 98