Geram Lihat Pengasuh Tampar Dan Pukul Bayi, Abby Abadi Berpesan Serta Ingatkan Ibu Bapa

Zaman sekarang makin mencabar bagi yang bergelar ibubapa yang harus bekerja, untuk masa depan sekeluarga. Bila kedua-duanya bekerja, anak-anak yang masih kecil mahu atau tidak, terpaksa ditinggalkan sama ada di taska, di bawah pemerhatian bibik di rumah, atau kepada pengasuh.

Namun, dewasa ini, terlalu banyak cerita negatif tentang taska, bibik dan pengasuh. Bagi mengelakkan daripada sesuatu yang tidak diingini berlaku, pelakon Abby Abadi menasihati supaya memasang Kamera Litar Tertutup atau CCTV di rumah.

“CCTV dipasang untuk Ibu bapa diluar sana sentiasa memantau pergerakkan orang-orang yang kita beri kepercayaan untuk menjaga anak-anak kita. Geram.. rasa nak marah bila dapat tahu pengasuh atau pembantu rumah dera anak-anak mcm ni. Itupun kalau dapat bukti.” katanya menerusi Instagram.

Bahan Bukti kepada Polis

Abby berkata, sekiranya ibubapa memasang CCTV dirumah, sekurang-kurangnya ada bukti kukuh, boleh jadikan bahan bukti kepada Polis. Namun orang ramai masih belum ada kesedaran betapa pentingnya CCTV di rumah kerana memikirkan kos yang mahal.

“Banyak kelebihan cctv dirumah ni…jangan fikir kos mahal, kita bukan bayar teknologi tetapi kita bayar harga untuk keselamatan anak2 di rumah” tegasnya

Ia adalah salah satu langkah yang dapat mengurang jenayah,terlalu bergantung kepada pihak polis  dapat dikurangkan. Sebaliknya kita membantu bersama pihak berkuasa membentras dan mengurangkan jenayah.

Abby turut menawarkan pakej pemasangan CCTV ini kepada peminatnya. Perniagaan ini dijalankan oleh suaminya sendiri Faizal Zakaria. Kelebihan CCTV ini, selain boleh tengok melalui monitor, ia juga boleh dilihat melalui telefon pintar dengan adanya internet.

 

 

Sumber: hangat

Related posts

Leave a Comment

− 5 = 1