Surah Al- Insan Ayat 1-2. Selepas Solat Amalkan Baca 7 Kali, Insya Allah Anda Akan Di Kasihi Rakan Sekerja Dan Jiran Tetangga.

Jika anda seorang muslim, amalkan surah ini, iaitu surah Al-insan, selepas solat lima waktu,

Anda amalakan surah Al-Insan ini sebanyak 7 kali, besar ganjaranya. Tidak ternilai kebaikan yang anda akan dapat nanti.

Surah ini banyak khasiatnya dan kebaikkannya, anda tidak perlu khuatir dengan janji ALLAH s.w.t. Barangsiapa yang amalkan insyaAllah akan dapat balasan syurga.

Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa membaca surah Al-Insan (dengan penuh ikhlas dan Khusyu’), maka balasannya ialah syurga Harir”. Sudah nampakkan balasannya barang siapa amalkan Surah Al-Insan ini sebanyak 7 kali selepas solat 5 waktu.

Surah Al-Insan ini jika dibaca selalu, dapat menenangkan hati dan menguatkan jiwa kita, percaya dan yakinlah kerana ALLAH. Bagi memudahkan ingatan atau bacaan seseorang yang kurang faham dan ingatannya,

Anda tulis ayat ini di dalam satu bekas atau mangkuk, sapukan dengan air dan diberi minum, InsyaAllah kerana Allah kita akan ingat dan tidak mudah lupa. Banyakkan kelebihannya.

Surah Al-Insan ini jika ditulis pada kulit kibasy atau binatang-binatang korban yang disembelih pada hari raya korban dengan menggunakan dakwat ataupun pen orang-orang alim,

Kemudian dilipat tulisan tersebut dan dititikkan lilin supaya tidak dibasahi air. Bawalah ia kemana saja, insyaAllah menjadi pendinding dari segala bala dan gangguan jin dan manusia.

Manfaat Surah Al-Insan Ayat 1-2:

Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)? ( Al-Insaan 76:1 )

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. ( Al-Insaan 76:2 )

Ayat ini jika dibaca 7 kali selepas solat, InsyaAllah ia akan dikasihi oleh manusia.

Disusun Oleh : Ustaz Mohd Fadhil Bin Ariffin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 + 4 =