7 Khasiat Surah Al Kautsar. Amalan Dahsyat Yang Membuatkan Rezeki Tak Terduga Dan Hutang Cepat Selesai.

Surah Al-Kautsar hanya mengandungi 3 ayat. Ia telah diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ia kerana ketika Nabi Muhammad s.a.w sedang bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.

Pelbagai khasiat yang terkandung di dalam surah ini. Jom kita amalkan:-

  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
  5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Jangan Abaikan!! Rahsia Surah Al-kautsar Mampu Beri Manfaat Hebat Pada Pengamalnya

Hutang bukan dalam hal wang saja, akan tetapi juga dalam hal barang, seperti kredit motor, kredit kereta atau yang lain..

Oleh kerana itu, Bagi siapa saja yang sekarang sudah terlanjur mempunyai hutang tersebut. Maka tidak ada salahnya untuk mengamalkan Surah Al Kautsar ini. insyaallah Allah akan memberikan jalan dan dimudahkan rezeki anda sehingga hutang anda lunas. Amin

Inilah amalan surah Al Kautsar untuk bebas hutang dan rejeki lancar. Yang boleh anda amalkan sehari-hari.

Bacaan Surat Al-Kautsar

رُ

Cara untuk mengamalkan:

Bacalah surah Al Kautsar sebanyak 313 kali. Setelah sholat fardhu sebagai wirid dengan istiqomah dan ikhlas.

Jangan lupa di usahakan setiap hari jum’at pagi. Sedekah kepada anak yatim semampunya saja yang penting ikhlas.

Dengan amalan surah Al Kautsar insyallah dengan izin Allah SWT. Maka Rezeki boleh Datang Tak Terduga dan seberapapun banyak hutang yang dimiliki akan cepat lunas, selain itu rezeki anda akan dimudahkan dan semakin lancar.  Aamiin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *