Luar Biasa Nikmatnya Dari Allah. Zuriat Yang Ditunggu Selama Ini Ada Didepan. Telatah Siti Aafiyah Bersama Ibunya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza, selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air malah penyanyi tersohor ini dilihat semakin bahagia bersama cahaya mata perempuannya yang lahir pada Mac lalu. Diberi nama Siti Aafiyah atau turut dikenali si comel pipi merah sangat mendapat perhatian ramai.

Mana taknya, jika Datuk Siti sememangnya selebriti yang disukai  dan dikenali ramai dan kini anaknya turut menjadi terkenal dan sentiasa menjadi perhatian.

Terbaru, Datuk Siti telah memuat naik video Siti Aafiyah dilaman sosial Instagram miliknya yang dilihat Siti Aafiyah sudah semakin membesar dengan sangat comel malah ada yang mengatakan wajah Siti Aafiyah semakin seiras ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.

Sangat comel iras Datuk K


Saat Datuk Siti bersama Siti Aafiyah

VIDEO :

Bila aafiyah tunggu ibu balik

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Menunggu selama 11 tahun, kini Datuk Siti bahagia bersama puterinya itu dan ada netizen mengatakan ia adalah anugerah terindah buat penantian selama ini untuk Datuk Siti dan turut mengucapkan tanda syukur buat penyanyi tersebut.

Rasa luar biasa nikmatnya…

Masha Allah comelnya… Muka Datuk K hehehe

Suara Mak Iti

 

Sumber : Instagram Siti Nurhaliza

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

55 − 53 =