Dato siti Nurhaliza cuba try berjalan cat walk ala model gitu , part last tu yang memang nampak comel habis.

Comel je Dato Siti Nurhaliza cuba berjalan ala ala model tapi yang part last tu mencuit hati ramai pengikut pengikut dato siti nurhaliza dalam laman instagram. Jangan lupa lihat video sampai habis ya.

Makeup by me using @officialsimplysiti #klfw #goldedition shawl by @galeriariani..

VIDEO :

Kalau dah namanya Dato’ Sri Siti Nurhaliza, apa saja yang dilakukan pasti dapat perhatian ramai. Berpeluang bertentang mata dengan ibu kepada bayi perempuan comel, Siti Aafiyah baru-baru ini, ramai rakan-rakan media yang kagum melihat penampilan terkininya. Lebih langsing dan tetap cantik sama seperti zaman anak dara dulu.

Tatkala ditanya apa petua yang diamalkan hingga berjaya menurunkan berat dalam masa yang agak singkat, isteri kepada Dato’ Sri Khalid Mohd Jiwa ini tertawa kecil. Biarpun sudah turun berat 22 kilogram selepas melahirkan anak namun bagi Dato’ Sri Siti perjalanan untuk mencapai berat badan yang diidam-idamkan masih jauh.

“Sebetulnya kalau nak kembali atau buat come back dalam industri nyanyian kerana sering berada dalam kaca TV, saya perlu kurangkan lagi sedikit berat badan. Macam sekarang ni ramai yang tegur dah kurus. Alhamdulillah, saya rasa ini semua kerana Aafiyah juga dan proses pantang yang saya jalani ini memang betul-betul saya ikut macam mana yang diatur oleh pihak Natalis. Dari segi diet makan, saya ambil semua yang makanan sihat, tak ada bergoreng dan semuanya yang dibakar atau dikukus. Nasi pun makan brown rice dengan kuantiti yang tidak banyak.

Semua mereka jaga termasuk rawatan-rawatan lain seperti sauna dan mengurut selama 44 hari. Sekarang masih berat lagi sebenarnya. Berat terkini saya 70 kg dan masa mengandung dulu saya capai berat 92 kg. Kalau ikutkan, saya mahu dapat berat badan 59kg untuk puaskan hati dan nampak ‘presentable’ di kaca TV. Sebab itu saya perlu kurangkan berat badan lagi walaupun susah.”

Demi mencapai sasaran berat badan tersebut dan mengamalkan diet pemakanan sihat, penyanyi nombor satu negara ini juga akui melanjutkan tempoh berpantang yang sepatutnya 44 hari ditambah untuk 30 hari lagi.

Comel je pujaan hati rakyat malaysia ni kan, jom lihat apa kata pengikut pengikut dato siti nurhaliza dalam petikan komen dalam laman instagram ctdk :

Sian… Tiang tu x bertuah.. Kalau datok terlanggar tiang tu… Tiang tu… Pun.. Amat suka…

Comel cat walk ctdk lemah lembut..

ini kalau catwalk atas pentas baru betul..

Jangan catwalk masuk hati saya sudah lah..

Halu pulis! Saya stress buat mulut herot pun still comel..

Sumber : IG ctdk via rimbabara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 28 = 33