Rugi Benar Kalau Hilang Rahmat Allah Yang Paling Besar Ini. Yang Ada Adik Beradik Mohon Baca Ni. Jangan Share Selagi Tak Habis Baca.

Apabila adik beradik semakin meningkat dewasa, masing-masing akan mengejar impian masing-masing. Ada yang berjaya dan ada juga yang kecundang. Namun, janganlah sampai kita mengabaikan hubungan adik beradik meskipun sudah berbeza haluan. Kenangkan kembali zaman kanak-kanak kita membesar bersama-sama di bawah bumbung rumah yang sama.

Sebenarnya bila adik beradik bergaduh telah hilang rahmat Allah dalam keluarga tu..sebab tu penting jaga hubungan dengan adik beradik..

Kalau kita tengok ada yg adik beradik kita susah sikit..dan Allah bagi kita rezeki lebih.. Bantulah adik beradik kita..sebaik baik sedekah adalah kepada ahli keluarga yg terdekat..kata Nabi Muhammad S.A.W.

Saya pernah berbual dengan seorang jutawan di bangi saya x nak tag nama dia.. Nama dia haris… Baru umur 40 lebih.. Tapi kaya raya.. Rumah besar nak mati.. Suka bantu orang.. Banyak bg pendapat dan bantu saya.. Dia kata “Khalil.. Saya dulu agak berkira dengan adik beradik. Walaupun saya kaya..

Tapi bila dah kenal agama sikit2 ni.. Hidup saya berubah banyak.. Saya banyak bantu adik beradik.. Rupa rupanya Allah bagi lagi banyak pada saya bila saya start tak berkira dnegan adik beradik saya.. So khalil kalau ada adik beradik susah bantulah mereka.. Tengok lah Allah bagi rezeki kat u melimpah ruah..”

Terus teringat seorang ustaz kata “salah satu punca hidup kita sempit.. Susah.. Sebab putus hubungan silaturrahim dengan ahli keluarga..” YaAllah.. Takutnya..

Sedih lihat.. Ada adik beradik yg tak bertegur sapa bertaun taun.. Sebenarnya kalau kita pergi minta maaf ngan adik beradik kita walaupun kita tak salah.. Allah akan tinggikan darjat kita.. Tak hina pun orang yg meminta maaf..

Ustaz saya kata “Kita cepat maafkan orang kat dunia ni Allah mudah maafkan kita di akhirat nanti.. “

Ya Allah.. Jadikanlah kami adik beradik yg akan bersama dalam syurga nanti.. YaAlllah.. Rapatkanlah kami hubungan kami adik beradik.. Rahmatilah kami adik beradik.. YaAllah ampunilah dosa adik beradik kami.. Kalau mereka ada buat salah pada kami..Amiiin

Doa eratkan hubungan kekeluargaan.

  • Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
  • Kau yang Maha Pengampun…
  • Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
  • Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku
  • Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
  • abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
  • sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….
  • Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
  • Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.
  • Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
  • Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
  • Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
  • Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
  • Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
  • Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami
  • Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
  • Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
  • Matikanlah kami dalam agama Islam
  • Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami
  • Ya Allah Ya Rahman
  • Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
  • Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
  • Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
  • Makbulkanlah doaku ini

Amin……..

Kredit : Muhamad Rizuan

Related posts

Leave a Comment

2 + 3 =