Sakit Perut Nak Pinjam Tandas, 3 Orang Pelancong Germany Ni Akhirnya Dihadiahkan Allah S.W.T Dengan Perkara Yang Paling Mahal dari KhazanahNya Yakni Hidayah. Beruntunglah.

~From Mat Saleh Into Mat Soleh~

Alkisah dipetang hari ketika jemaah2 jaulah dibentuk utk dihantar keluar ziarah rumah ke rumah di sekitar perkampungan Pulau Perhentian, 3 org mat saleh dari German msk ke dlm perkarangan masjid utk tumpang guna tandas. Tanpa melepaskan peluang yg ada, salah seorg sahabat kami, Zali sado trus ikram diorang, ajak bersembang, dan belanja diorang minum dan makan keropok lekor.

Daripada perbualan ringan mengenai mkn minum hinggalah kpd persoalan ttg Islam dan mereka menunjukkan minat yg agak dlm terhadap Islam. Bila azan maghrib berkumandang kami terus jemput mereka sama2 msk masjid utk lihat2 aktiviti org Islam dan mungkin ia akan menjadi pengalaman baru yg unik buat mereka.

Image may contain: 10 people, crowd

Alhamdulillah setelah hadiahkan dan ajarkan mereka pakai kain pelikat, mereka sudi utk msk masjid dan dgr bayan dr Maulana Helmi sampai msk isya’. Memandangkan mereka dah dijemput Allah swt msk kedlm masjid sbg tetamuNya yg terhormat, kami terus pelawa mereka ambil wudhu’ dan sama2 ikut kami solat Isya’ berjemaah. Alhamdulillah mereka semua setuju dan akhirnya saya memimpin mereka berwudhu’ dan sama2 mengucap kalimah syahadah.

Image may contain: 3 people, including Ejay Da'ie, people sitting

Image may contain: 4 people, people standing and indoor

Image may contain: 6 people, including Abu Khaleef, people smiling, people standing

Image may contain: 7 people, including Abu Khaleef, people smiling, people sitting and indoor

Selesai shj solat isya’ berjemaah kami ajak mereka sama2 makan dalam talam sambil jelaskan kpd mereka konsep ketuhanan dalam Islam dan dari respond mereka, seolah mereka menerima Allah swt sbg the One and Only God & Muhammad Peace be Upon Him is His Messenger. Namun mereka masih belum bersedia utk declare diri mereka sbg Muslim atas sebab2 tertentu namun kami hanya mampu meletakkan harapan yg tinggi mudah-mudahan Allah swt menerima Syahadah yg telah mereka lafazkan. Mereka begitu seronok dgn pengalaman baru mereka dan pulang ke Long Beach dgn kain pelikat baru mereka sambil tersenyum gembira. Semoga mereka sentiasa dlm bimbingan Allah swt.

Dgn asbab nak lepaskan hajat dalam tandas masjid, 3 org pelancong germany ni akhirnya dihadiahkan Allah swt dgn perkara yg paling mahal dr khazanahNya yakni Hidayah. Inilah yg berlaku apabila setiap umat Islam melihat setiap manusia lain yg belum beriman melalui kaca mata Baginda Rasulullah saw. Yakni bagaimana setiap daripada umat Manusia dpt mengenal Allah swt dgn selayaknya, mencintai dan mencontohi kehidupan Nabi saw dan akhirnya mati dlm keredhaan Allah swt.

Related posts

Leave a Comment

2 + 6 =