Punyalah Baik Dengan Kita Tetapi Hujan Di Tengahari. Doa Untuk Menghindari Dari Musuh Dalam Selimut.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Musuh dalam selimut biasanya bila berhadapan ia akan nampak baik, tapi dibelakang tuhan sahaja yang tahu. Musuh dalam selimut boleh jadi kawan yg rapat dengan kita. Dihadapan lembut cakapnya. Pijat semut tak mati tapi dibelakang segalanya siapa sangka sangka. Sanggup tikam kawan dari belakang. Spesis kawan yg macam ni, perlu berhati2.

Ingat!! Jangan diluahkan segala rahsia dan kelemahan kita. Nanti dibelakang kita diburuk-burukkan perihal diri kita. Memang susah nak dijangka akibatnya. Kita perlu hati-hati. Siapa tahu dia hanya memanfaatkan persahabatan ini untuk mendapatkan keuntungan sahaja tetapi tidak ikhlas terhadap kita. Amalkan doa ini supaya musuh dalam selimut menjauhkan dan menjarakkkan dirinya dengan anda.

Allaahumma innii auudzu bika min khaliilin maakirin ‘ainaahu tarayaani wa qalbuhu yar aani. In ra aahasa natan dafanahaa, wa in ra aa sayyiatan adzaa’ahaa.

Maksudnya:

Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu, daripada teman karib yang penipu, iaitu yang kedua matanya menyoroti aku sedangkan hatinya mencari-cari kesalahanku. Apabila ia mendapatkan kebaikanku, dipendamnya diam-diam. Tapi kalau ia melihat keburukanku, disiar-siarkannya dimana-mana.

Di sini adalah beberapa tanda bahawa anda sedang berurusan dengan frenemy ataupun musuh dalam selimut.

1. Pakar manipulasi.

Mereka tidak mahu yang terbaik untuk anda. Mereka mahu apa yang terbaik untuk mereka sahaja atau dengan kata lainnya pentingkan diri sendiri. Tetapi entah bagaimana mereka akan meyakinkan anda bahawa apa yang anda mahu ialah apa yang terbaik untuk mereka, dan apa yang terbaik untuk anda. Dia juga akan ambil peluang untuk ambil apa yang anda hajati. Ya, jika ada peluang dia mahu apa yang anda mahu dan ingin melihat anda menderita dan sedih.

2. Sentiasa mahu bersaing dengan anda.

Tak kiralah dalam apa pun sama ada lelaki, pakaian, gred, pekerjaan, wang semuanyalah. Yang paling penting untuknya adalah dia menang dan anda mesti kalah. Dia tak mahu kalah dengan anda. Jika dia mendapati anda lebih dari dia dari sesuatu aspek, dia akan cuba sedara upaya untuk menjatuhkan anda dalam diam tak kira dengan cara apa sekalipun.

3. Dia hanya ada bila dia perlukan sesuatu dari anda.

Alasan yang nampak mudah dan senang bagi seorang frenemy. Sudah berminggu-minggu tidak mendengar khabar darinya tiba-tiba bila dia memerlukan pertolongan anda, dia berbaik-baik dengan anda. Apabila anda memerlukan pertolongan darinya, dia sedaya upaya menjauhkan diri anda dan tidak menjawab panggilan, sms, Facebook dan juga mesej anda.

4. Dia menghina dan memuji anda pada waktu yang sama.

Contoh ayat ” Eh baju yang awak pakai tu cantiklah, tapi elok lah dari pakaian buruk awak yang selalu awak pakai tu”. ” beg tu cantik sangat, saya pun ada satu.. masa saya sekolah rendah dulu”. Pendek kata, dia mahu merendah-rendahkan anda dan tak mahu nampak anda lebih dari dia. Rakan yang ikhlas akan memuji bila perlu dan bantu serta beri tunjuk ajar jika anda melakukan kesalahan. Kalau puji dan hina dalam masa yang sama, rakan apa macam tu? Adakah dia tergugat dengan anda? Anda fikirlah sendiri.

Frenemy selalunya akan mencari cara dan merekacipta cerita untuk mengkritik dan memperkecilkan anda secara bukan terang-terangan. Mereka mungkin membuat hinaan halus mengenai berat badan anda, rumah anda, keibubapaan anda, atau aspek personaliti anda selalu melakukannya secara terbuka untuk memalukan anda.

5. Tidak jujur.

Anda telah menangkap dia menipu anda lebih dari sekali. Tetapi anda tak pernah memperbesarkan hal itu kerana bagi anda itu perkara kecil saja. Tetapi bukan dia. Jika dia menangkap anda membohonginya, dia akan menghukum anda dan tidak mahu langsung berkawan dengan anda seolah-olah anda penjenayah besar.  Frenemy juga mempunyai sikap yang kononnya dia bersumpah untuk menyimpan rahsia memalukan anda, hanya untuk memberitahu orang lain sebaik sahaja anda meninggalkan bilik.

Related posts

Leave a Comment

6 + 1 =