Subhanallah, lihat bagaimana kucing berkaki dua ini mampu meneruskan kehidupan seperti kucing normal yang lain.

Walaupun Berkaki Dua, Namun Kucing Ini Mampu Memanjat Pokok Kucing

Haiwan adalah makhluk yang sangat berdaya tahan dan kuat tidak kira apa masalah yang dihadapi oleh mereka dalam hidup. Mereka akan sedaya upaya meneruskan hidup tanpa bantuan sesiapa pun. Semangat mereka untuk meneruskan hidup walaupun dalam serba kekurangan pastinya akan memberi motivasi kepada yang melihatnya. Seperti kucing comel ini, dia kini hanya memiliki dua kaki sahaja tetapi masih cekal dan ceria seperti kucing-kucing lain.

Anakin, si comel yang kini berusia lima tahun dari Pensacola, Florida, dilihat cukup normal sepeti teman-temannya yang lain. Dia turut berkongsi rumah dengan dua ekor kucing lain dan bergaul dengan mereka dengan baik. Hanya ada satu perkara yang membezakannya daripada kucing lain sebenarnya. Dia sebenarnya dilahirkan tanpa pelvis atau kaki belakang.

Pada tahun 2012, Carrie Hawks menemuinya seekor anak kucing yang berada bersama beberapa ekor kucing liar. Apabila Hawks membawanya berjumpa dengan doktor haiwan, doktor tersebut berkata dia tidak pernah melihat sesuatu seperti Anakin. Tetapi hari ini, dia mampu berjalan dengan baik!

Dia juga boleh memanjat pokok kucing tanpa sebarang masalah.

Hawks mengatakan Anakin tidak menggunakan roda kerana ia akan menghalangnya daripada memanjat, tetapi si comel itu mungkin memerlukannya pada masa akan datang.

Sumber: ERA BARU

Tapi lain pulak kisah kucing ini, apabila hanya berkaki dua didepan ini mampu meneruskan kehidupan seperti kucing normal yang lain

Image may contain: cat and text

Image may contain: 1 person, cat and text

Image may contain: cat

Kucing ni berkaki dua, cacat kaki depan..
Tapi hebat betul dia mampu hidup seperti kucing normal..

Kesian tengok dia..

VIDEO:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

+ 60 = 63