Hebatnya Ciptaan Allah, Sungai Terjernih Didunia Di Switzerland, Ramai Terkejut Sungai Yang Di Jumpai Di Terengganu Hampir Sama Jernih.

Sungai Verzasca, di Switzerland, yang terkenal di seluruh dunia dengan kejernihan yang sangat jelas dan airnya yang biru.

Sungai sepanjang 30 km, sungai Verzasca berasal di Pizzo Barone dan mengalir ke Tasik Maggiore, di Itali. Lembah sungai terletak di rantau Itali dan Switzerland merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Yang datang berkunjung datang dari seluruh dunia untuk melihat perairan biru Verzasca, melakukan penyelaman skuba.

Kebanyakan mereka lebih suka untuk mengambil gambar dari jambatan yang dibina di atasnya.

Claudio Gazzaroli seorang jurugambar yang menawarkan perspektif yang berbeza. “Saya menyelam 50 kaki untuk ke dasar sungai Verzasca dan berjaya menangkap kejernihan yang hampir wajar .

“Saya mahu menunjukkan keindahan tempat ini dengan cara yang baru.” Kata Gazzaroli.

Pernah Pergi Sungai Bangang di Dungun Terengganu?

Dengan namanya yang pelik, mesti ramai yang tertanya-tanya di mana lokasi Sungai Bangang ini. Untuk info, ia juga dikenali dengan jolokan Sungai Bagan dan Sungai Bongok. Pelik Bukan?

Keindahan dan kejernihan air Sungai Bangang ini menarik ramai untuk mengetahui mengenai kewujudannya dengan lebih lanjut.  Namun tempat ini bukan orang sembarangan yang boleh sampai. Hanya yang berhati kental sahaja.

Kenapa?

Satu hari pendakian

Sungai Bangang ini sememangnya cukup terkenal dalam kalangan pendaki namun tidak ramai yang sampai ke sini memandangkan lokasinya yang sangat jauh dan tinggi.

Menurut mereka yang pernah sampai ke sini, perjalanan sekurang-kurangnya sehari diperlukan dan bergantung juga kepada stamina. Dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir sebab kebiasaannya sampai sini dah lewat petang, maghrib.

Namun Sungai Bangang merupakan kawasan persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir. Tapi memang terbaik Sungai Bangang ni, jernih sungguh!

Dekat mana? CBL Terengganu

Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.

Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.

Kebiasaannya trek CBL akan bermula daripada Hutan Lipur Chemerong dan seterusnya ke Puncak Chemerong, Puncak Berembun dan akhirnya akan bermalam di Puncak Air Terjun Langsir sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

 

 

Macam mana nak sampai sini?

Untuk beginner, korang boleh join mana-mana group hiking di Facebook memandangkan mereka sangat aktif. Tak tahu group mana? Jangan risau sebab kami dah kumpulkan 16 ‘outdoor group’ yang anda boleh sertai untuk pelbagai aktiviti lasak dan ekstrem.

 

 


Sumber: Murshid Haji Maktar, Hiking & Camping Around Malaysia , Trekkerz

Related posts

Leave a Comment

6 + 2 =