Ololo Comel Je Baby Nora Danish Ney Ney Cebekk, Kesian Dia Kena Sakat Dengan Daddy Nedim.

Pasti sahaja ia menarik perhatian netizen apabila Nora berkongsi foto dan video bersama anaknya itu, Nora sememangnya selebriti yang disukai ramai dan kini anaknya turut terkenal kerana ramai yang ingin mengetahui perkembangan ibu dan anak comel ini.

Terbaru, suami Nora Danish iaitu Nedim telah berkongsi video Baby Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim yang seperti sedang menyakat Ney Ney.

 

Menerusi perkongsian gambar di laman Instagram milik Nora dan suaminya Nedim Nazri Aziz, ternyata ramai yang mengagumi kecomelan anak pasangan tersebut yang kelihatan ‘gebu’ dan ‘montel’ walaupun baru berusia satu bulan.

Rata-rata terhibur melihat Nedim menyakat anaknya Ney ney.

Knpe comel sgat..ulang 20kli pon xde hal lah

Alahai kesiannya dia

Kite pun geram!! Rasa mcm nak kunyah2 je

Nora berkata, keterujaan mereka terhadap Ney Ney dibuktikan apabila ada peminat baru sanggup mengikutinya di Instagram kerana ingin melihat keletah anaknya.

“Saya berbesar hati apabila ada peminat sanggup berbuat begini. Namun belum terfikir untuk mewujudkan akaun Instagram khas untuk Ney Ney.

“Biarlah dia membesar terlebih dahulu dan selepas itu Ney Ney akan tentukan samada kehidupannya perlu dikongsi atau dirahsiakan daripada masyarakat.

“Buat masa ini saya memang suka paparkan gambarnya di Instagram saya tanpa had. Jika ada sahaja perkara menarik mengenai Ney Ney, saya pasti akan keluarkan di Instagram,

Sumber: Instagram boss_ned via KL MENJERIT

Related posts

Leave a Comment

+ 75 = 84