Pakai Bedak Banyak-Banyak, Cantik Tak? Tak Cakap Banyak Terus Je Pam Fire Extinguisher.

TEMPAT-TEMPAT DILARANG MEROKOK DI BAWAH
PERATURAN-PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU 2004

  • 1. di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam
  • 2. di mana-mana kawasan hospital atau klinik
  • 3. di dalam lif atau tandas awam
  • 4. di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
  • 5. di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
  • 6. di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta di bawah peraturan 22
  • 7. di dalam mana-mana lapangan terbang
  • 8. di dalam mana-mana premis kerajaan
  • 9. di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
  • 10. di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi
  • 11. di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak
  • 12. di dalam mana-mana bas sekolah
  • 13. di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd., Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
  • 14. di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
  • 15. di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak
  • 16. di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
  • 17. di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
  • 18. di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan
  • 19. di mana-mana kawasan di dalam kafe internet
  • 20. di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara
  • 21. di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 + 4 =