Cium Anak Memperoleh Pahala, Cium Suami Gugurnya Dosa, Cium Isteri Hanya Yang Sudah Kahwin Ketahuinya.

Mungkin tak ramai yang lakukan amalan mencium pasangan dan anak. Kebiasaannya amalan ini dilakukan di peringkat awal perkahwinan, kemudian terhenti lantaran mahu segera ke tempat kerja atau sebagainya. Namun bagi mereka yang masih mengamalkan kebiasaaan ini baik diteruskan kerana ia memberi banyak manfaat.

Mencium kening isteri dan anak sebelum keluar ke tempat kerja kesannya besar pada keharmonian rumah tangga. Ciuman hangat seorang suami dan seorang ayah dapat memberikan perasaan bahagia pada anak dan isteri di rumah, sehingga mereka merasa tidak sabar menunggu suami dan ayah pulang.

Ciuman tersebut juga boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri dan anak sehingga membuatkan anda senantiasa mengingati orang tersayang selama berada di luar rumah. Perkara kecil seperti inilah yang apabila dilakukan secara rutin akan meninggalkan pengaruh yang besar dalam kebahagiaan rumah tangga.

Pastinya amalan mencium pasangan mahupun anak-anak akan menggandakan lagi rasa cinta dan kasih sayang. Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang juga Guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama keluarga.

Cium Anak Dapat PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dapat Bahagia SELAMANYA

i) Fadhilat Cium Anak

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barang siapa keluar ke pekan dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di akhirat kelak.

Tahukah anda, jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan wujudnya sifat suka mencium anak, hormon dan bau anak kita itu akan sebati ke dalam otak kita sekali gus mesej yang mengatakan “aku sayang anak aku” akan tersemat terus ke dalam jiwa.

ii) Fadhilat Cium Suami

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumah tangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau dikucup dahi isteri.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami dan dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat Mencium Isteri

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Kesimpulannya: Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumah tangga. Kerana jika tidak diamalkan sekarang, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.

Nota: Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu untuk mencium anak dan pasangan mereka sendiri… JANGAN BERCIUM DI TEMPAT AWAM

Sumber : Pengantin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

− 3 = 1