Adab Suami Terhadap Isteri Yang Sering Dilepas Pandang

1. Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap isterinya/keluarganya. Justeru, hendaklah suami menggauli isteri dengan akhlak yang mulia lagi terpuji.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik antara kamu semua adalah orang yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik antara kamu semua (dalam membuat kebaikan) terhadap isteriku.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Orang yang paling sempurna imannya adalah yang terbaik akhlaknya antara mereka dan yang paling baik adalah yang paling baik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

2. Suami tidak boleh bakhil dalam menafkahkan hartanya untuk isteri dan anaknya. Justeru hendaklah suami bersifat pemurah dalam hal perbelanjaan untuk isteri serta anak-anak

3. Suami dilarang berlaku kasar terhadap isterinya. Justeru antara adab suami hendaklah berlemah-lembut dengan isteri dalam pergaulan harian

4. Suami hendaklah bersabar dalam menghadapi sikap buruk serta karenah isterinya

5. Suami hendaklah menggauli isterinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zalim.

6. Suami hendaklah memberi makan isterinya apa yang dia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya dan tidak berpisah tempat tidur

7. Suami hendaklah menyediakan pembantu rumah andainya tidak mempunyai ruang dan masa untuk sama-sama menguruskan kerja-kerja rumahtangga terutama bagi yang beranak ramai.

8. Suami hendaklah selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada isterinya dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya

9. Suami hendaklah mengajarkan isterinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haid, istihadhah dan yang berkaitan)

10. Suami hendaklah berlaku adil dan bijaksana terhadap isteri.

11. Suami tidak boleh membuka aib isteri kepada sesiapa pun dan dilarang bercerita tentang hal-hal bilik tidur

12. Apabila isteri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa.

13.Jika suami hendak meninggal dunia, maka dianjurkan berwasiat terlebih dahulu kepada isterinya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! MS

Sumber: imuslimnetwork.com

Related posts

Leave a Comment