Hujan Air Batu Sebesar Bola Tenis. Sekarang Baru Yakin Sekiranya Allah Berkehendak, Dalam Sekelip Mata Sahaja Boleh Memusnahkan.

Cuaca saat ini tidak menentu, lebih-lebih lagi musim tengkujuh telah tiba di sebahagian besar bandar di dunia. Namun adakalanya hujan yang datang tersebut tidak menentu, seperti disertai angin yang kencang, dan intensitas yang deras.

Kali ini hujan lebat melanda Queensland, Australia, menumbangkan tiang elektrik dan memutuskan pengangkutan bandar. Namun yang lebih menakutkan lagi, hujan tersebut tidak datang dengan biasa, tetapi membawa ais sebesar bola golf dan membuat banyak cermin kaca kenderaan pecah.

Angin kencang dan hujan batu sebesar bola tenis yang melanda bandar Brisbane, kelmarin menyebabkan kerugian bernilai lebih AS$85 juta (RM287 juta).

Menurut laporan AFP, ribut yang disifatkan sebagai salah satu kejadian paling buruk di negara itu sejak 30 tahun lalu telah mengakibatkan banyak pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di kebanyakan kawasan.


Menurut pihak berkuasa, ribut yang membawa angin kencang berkelajuan sehingga 140 kilometer (km)  sejam yang  dikategorikan sebagai taufan kategori dua itu juga mencetuskan banjir kilat di bandar pantai timur terbabit.

Dalam kejadian berasingan sebanyak empat pesawat ringan di Lapangan Terbang Archerfield, terletak kira-kira 11 km dari Brisbane turut terbalik akibat ditimpa hujan batu berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Queensland, Campbell Newman memaklumkan tiada kematian dilaporkan walaupun ribut itu adalah paling kuat yang direkodkan pernah melanda Brisbane sejak 1985.


Hujan yang datang dengan laju dan kencang ini juga membalikkan sebuah kapal terbang Hujan yang datang hanya 20 minit tersebut, membuat banyak orang panik.

Dan menurut ahli kaji cuaca, Richard Wardle, berkata jika hujan yang berlaku pada hari Khamis, 27 November tersebut, merupakan yang paling teruk yang pernah tercatat.


Kira-kira 90,000 rumah gelap gelita, menyusul bekalan elektrik yang terputus. Banjir juga menyebabkan banyak kenderaan terperangkap di jalan.

Bencana ini membuat kerajaan Australia memberikan bantuan, dengan menurunkan tenteranya untuk membantu mengatasi bencana tersebut.

Related posts

Leave a Comment