Terbaharu, para saintis yang mengkaji kawasan antartika telah memberikan amaran tentang rekahan yang berlaku lebih pantas daripada yang dijangka. Keretakan pada ais gergasi yang terapung, Glasier Thwaites, Antartika boleh hancur dan cair dalam tempoh lima tahun.
Jika ini berlaku, glasier ini boleh melepaskan armada gunung ais dan akan mengalir lebih laju ke lautan. Ia juga membawa ais yang telah berada di darat ke laut, di mana ia akan menyumbang kepada kenaikan paras laut dunia.
Selama beberapa dekad, saintis telah menjejaki dengan teliti perubahan pada Glasier Thwaites, yang sudah kehilangan kira-kira 50 bilion tan ais setiap tahun dan menyebabkan 4% kenaikan paras laut global.
Keretakan yang dikenal pasti baru-baru ini adalah rekahan yang dalam dan bergerak pantas di bahagian timur Thwaites. Dan jika glasier runtuh sepenuhnya, ia akan menaikkan paras laut sebanyak 65 sentimeter.
Sebelum ini pada 2019, pihak Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) telah menyiarkan hasil kajian Scott A. Kulp, dari Universiti Rutgers Amerika Syarikat tentang bandar utama di Malaysia yang mungkin akan tenggelam pada tahun 2050. Ia masih kajian. Kami sertakan gambar ramalan tersebut semula di sini.
“Pada tahun 2050:
-Alor Setar menjadi sebuah pulau
-Sepanjang kawasan Parit Buntar hingga ke Taiping tidak kelihatan
-Lebuhraya Utara-Selatan tenggelam
-Bagan Datoh, Teluk Intan, & Kuala Selangor lenyap
-Port Klang tenggelam. Shah Alam menggecil
-KLIA bertempat di sebelah pantai” -CentGPS
Adakah ia menjadi kenyataan masih lagi tanda tanya. Apapun yang berlaku, untuk mengatasi perkara ini memerlukan penglibatan seluruh dunia. Sebelum ini kajian terbaharu menunjukkan kesan pandemik C19 di dalam menurunkan 9% di dalam pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan kurangnya pergerakkan manusia. Masih tidak dapat dipastikan ia memberi kesan kepada penurunan paras air dunia.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh satu badan yang menerbitkan jurnal-jurnal berkualiti tinggi iaitu Nature Communication mendedahkan bahawa pada tahun 2050 kelak negara Malaysia juga akan tenggelam.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknologi Digital Elevation Models (CoastalDEM). Dalam kajian itu, mereka mendapati 9 buah lokasi di dalam negeri di Malaysia akan tenggelam. Kejadian alam ini akan menyebabkan pembentukan sebuah pulau dan akan menjejaskan jutaan penduduk di negeri-negeri seperti Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.
Kajian 9 Lokasi Dijangga Tenggelam Pada 2050
Lokasi tersebut adalah bandar-bandar besar seperti;
[1] Alor Setar
Gambar ini menunjukkan Alor Setar akan menjadi sebuah pulau.
[2] Parit Buntar hingga Taiping
Gambar ini pula menunjukkan kawasan sepanjang Parit Buntar hingga Taiping tidak kelihatan.
[3] Lebuhraya Utara-Selatan
Lebuhraya Utara-Selatan juga tenggelam.
[4] Bagan Datoh, Teluk Intan
Bagan Datoh, Teluk Intan dan Kuala Selangor juga lenyap.
[5] Kuala Selangor, Port Klang, Shah Alam, KLIA
Port Klang akan tenggelam serta Shah Alam mengecil.
[6] Muar
Muar akan tenggelam
[7] Pekan, Pahang
Pekan, Pahang juga akan tenggelam
[8] Kuala Terengganu
Kuala Terengganu akan mengecil dan menjadi beberapa buah pulau.
[9] Kuching
Kuching, Sarawak juga akan mengecil dan menjadi beberapa buah pulau.
Di peringkat global pula dikatakan bahawa populasi di Asia adalah yang terkerap terdedah dengan kejadian paras laut. Ia akan menjadi semakin teruk jika faktor lapisan ais menjadi tidak stabil. Peratus keterukan ketidakstabilan itu adalah sebanyak 70% ; China sebanyak 43 juta, Bangladesh 19 juta, Vietnam 26 juta, dan Thailand 17 juta.
Dalam persediaan menghadapi masa hadapan, kerajaan bersama dengan rakyat haruslah menggembleng tenaga dalam mencari solusi masalah ini. Antara solusi jangka masa panjang yang ada ialah dengan mengubah cara hidup ke arah kehidupan lebih mesra dan sejahtera kepada alam.
Bagaimanapun, ini cumalah jangkaan sahaja. Jika kita merujuk video dokumentari yang dibuat berdasarkan bukti dan kajian di atas kita boleh lihat dataran Malaysia yang telah ‘mengecut’ dan tidak mustahil akan datang semakin mengecut. Tiada salah kita mengambil jangkaan ini sebagai ilmu untuk tindakan kita berdepan situasi akan datang.
Rujukan : [Matgeo] [Odisi] Sumber : Public Health Malaysia ( Facebook)