Kakak Abang Hanya Fikir Perut Mereka Sendiri, Paksa Adik 14 Tahun Behenti Sekolah Sara Keluarga.

Author:

Patutnya masa tengah mudalah dapat berseronok di sekolah bersama dengan kawan-kawan. Tapi lain pulak nasib gadis ni sebab pada usia 14 tahun dah kena sara keluarga.

Menurut The Star, Siti Nurfatihah Md Nasir bekerja sebagai juruwang di sebuah kafe bagi menampung hidup adik lelakinya, Muhammad Ridzwan Md Nasir berusia 13 tahun dan bapanya berusia 56 tahun yang kini sedang menjalani terapi pemulihan dadah di dalam rumah.

“Mak saya meninggal dunia sebab kanser pangkal rahim pada tahun lepas dan kakak-kakak dan abang-abang saya dah tinggalkan rumah.”

Adik beradik yang lain dipercayai tidak sanggup menjaga mereka kerana turut mengalami kesempitan hidup. Katanya lagi, dia terpaksa bekerja bagi menyara keluarga dan membayar sewa rumah kayu mereka di Kampung Pinang Tengah, Klebang, Melaka yang tidak berbayar selama setahun.

“Saya memperoleh pendapatan sebanyak RM700 sebulan dengan bekerja separuh masa dan RM200 digunakan untuk bayar sewa rumah.”

Bukan itu je, Siti dan Ridzwan juga terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan yang dihadapi. Dia menjelaskan mereka terpaksa berjalan sejauh 2km dan tidak mempunyai barangan lengkap untuk ke sekolah. Selain itu, Siti juga tidak suka apabila pelajar lain mengejek adiknya di sekolah.

“Saya tak suka tengok orang lain mengejek adik saya memakai selipar ke sekolah dan lapar kerana ketiadaan duit untuk makan.

“Dia masih budak. Jadi saya ambil keputusan untuk biar dia tinggal di rumah sehingga dia dapat belikan barangan sekolah untuknya.”

Walaupun bersemangat untuk kembali ke sekolah tapi keutamaannya adalah untuk mencari duit bagi menampung keluarga.

Video penuh :

Wakil Rakyat Klebang, Gue Teck mengatakan bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan untuk membantu dua beradik ini dengan meletakkan mereka di rumah kebajikan namun mereka memilih untuk terus tinggal di rumah.

Gue juga turut mengatakan kini Siti sudah letak jawatan dari kerjanya dan beliau pula sedang dalam usaha untuk menghantar mereka semula ke sekolah.

“Saya akan daftarkan mereka di sekolah menengah di Klebang, dekat sikit dengan rumah mereka.”

Gue menambah akan membantu mereka membayar sewa dan akan memastikan Siti dan Ridzwan menerima bantuan bulanan.

Kesiannya.. Harap lepas ni kakak dan abang dorang sedar lah sebab sanggup abai adik macam ni..

One thought on “Kakak Abang Hanya Fikir Perut Mereka Sendiri, Paksa Adik 14 Tahun Behenti Sekolah Sara Keluarga.”

Leave a Reply

error: Content is protected !!