TIADA lagi tubuh gendut mahupun boyot dikatakan kepada Rahim Sepahtu yang juga penyampai radio SinarFM untuk slot pagi Sepahtu Sinar.
Setelah sebulan bertungkus lumus menjalani kempen ‘MisiXLRahim’, akhirnya beliau berjaya menurunkan ukuran badannya dari XXXL kepada XL.
Misi berjaya apabila Rahim telah ditimbang berat bagi memastikan kempennya itu sampai sasarannya.
“Terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan serta semua peminat yang beri sokongan pada kempen ini,” ujar Rahim.
Rahim sudah mampu tersenyum puas lantaran tubuhnya sudah susut sebanyak 22.5 kilogram dalam tempoh sebulan.
Penutupan program ‘MisiXLRahim’ ini dimeriahkan lagi oleh kehadiran beberapa orang selebriti tempatan dan senaman Zumba yang telah diadakan di akhir program.
Rahim mendapat bimbingan dua jurulatih iaitu Coach Amirul dan Coach Aminah bagi melaksanakan misi kempen tersebut.
Program ‘MisiXLRahim’ ini telah mendapat banyak sokongan dan perhatian terutamanya dari pihak netizen yang telah memberikan maklum balas yang yang baik berkenaan program ini yang telah berjaya mengubah hidup Rahim kearah kehidupan yang lebih sihat.
Sumber : Mangga Media
Rahim kalau tidur memang dah tak sedar sian dia kena pendajal
Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti..
Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah ﷺ ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah..
Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan