Jika video yang memaparkan haiwan seperti kucing memang akan menjadi perhatian netizen di media sosial kerana kucing adalah haiwan peliharaan yang selalu ada dalam kehidupan manusia dan rapat dengan manusia.
Malah telatah haiwan ini yang kadang-kadang manja dan jinak menjadikan kucing antara haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Sifat kucing yang selalu membuat kita selesa juga menjadi faktor utama kucing menjadi kegemaran.
Terkini, satu rakaman video telah viral di Media sosial Instagram yang memperlihatkan seekor kucing yang suka berdrama. Bukan drama biasa tetapi drama yang membuatkan sesiapa sahaja melihatnya akan merasa kesian.
Dalam rakaman video itu seekor kucing dilihat berjalan terhinjut- hinjut mungkin kerana kaki yang sakit tetapi apabila hendak sampai ke dalam rumah, kaki terus elok dan siap berjalan seperti biasa. Kuat berdrama rupanya kucing ni. Mula- mula nak kesian tetapi rupanya berlakon sahaja.
Menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang tertipu dengan gelagat drama kucing itu dan ramai yang tergelak juga setelah tahu yang kucing juga kuat berdrama dan boleh berlakon.
Komen Netizen:
Sumber : Instagram sinar_my