Subhanallah, Nyawanya Masih Panjang. Lelaki Nyaris Di Hanyutkan Arus Besar.

Author:

Sudah hampir 500 meter kami berjalan. Saya berada paling hadapan. Arus agak deras tapi jalan masih boleh dilalui.

Dari jauh saya nampak kumpulan orang memanggil saya agar segera melintasi jalan ini.

“Hmm.. boleh maju lagi ni” kata saya dalam hati.

Saya terus melangkah perlahan.

Kali ini arus semakin terasa kencang. Kaki sedikit goyah. Saya merendahkan diri untuk menstabilkan pusat graviti.

“Air kuat lagi ke kat sebelah ni” saya bertanya kepada mereka masih sempatkah?

“Air sini jah kuat…depan tu ok je” balas Pakcik itu.

Saya melihat ke depan. Hanya 20 meter sahaja lagi untuk sampai ke tempat yang orang ramai berlegar. Saya menguatkan semangat.

Tapi kaki terasa sedikit goyah. Rasa ingin rebah. Saya memperbetulkan niat. Saya ingin masih ingin melihat cucu saya. Kalau apa-apa terjadi insyaAllah niat saya betul.

“cepat jalan… segera datang sini.. tanah tak kuat” laung orang ramai kepada saya.

Saya cuba melangkah dan kali ini…..

Tiba-tiba tanah di belakang saya runtuh, saya terus berjalan dan berdoa dipanjangkan nyawa saya. Saya kuatkan diri dan terus melangkah.

Alhamdullilah, saya selamat.

Leave a Reply

error: Content is protected !!