Sayu, Bau Yang Menganggu Keselesaan Penumpang Lain. Bayi Penghidap Tumor Mata Ini Diarahkan Turun Bersama Ibunya Dari Kapal Terbang.

Author:

Murniati Sumila Dewi, seorang penumpang kapal terbang Batik Air rute Bandara Soekarno Hatta-Kualanamu, berasa kecewa kerana diarahkan turun dari kapal terbang sebelum berlepas, pada hari jumaat (10/8/2018) yang lalu.

Alasannya adalah kerana anak yang dibawanya, Piki Ananda menderita penyakit tumor mata yang dikatakan akan mengganggu keselesaan para penumpang lain.

“Saya tahu anak saya sakit, anak saya berbau, apa tidak bolehkah anak saya ini pulang ke Medan? Kami sudah ada di dalam pesawat, tetapi kami harus diturunkan lagi,” Kata Dewi ketika ditemualbual oleh Kompas.com di rumah persinggahan di kawasan Senen, Jakarta Pusat, malam Jumaat lalu.

Dewi menceritakan, dia bersama anaknya dan Yuni, sukarelawan dari tempat perusahaan “Pempek Funny” yang menyumbang kos perubatan PA, menempah penerbangan Batik Air dari Jakarta ke Sumatera Utara pada hari Jumaat pukul 6.05 pagi.

Pada pukul 3.00 pagi, ketiga-tiganya telah pergi ke lapangan terbang. Pada mulanya tiada apa yang berlaku ketika ketiga-tiga orang itu membuat check in pelepasan.

Setelah masuk ke dalam kapal terbang, salah seorang pramugari bertanyakan keadaan anaknya. Yuni membantu dengan menerangkan keadaan kanak-kanak itu.

Terdapat 4 orang pramugari yang berulang kali bertanyakan keadaan kanak-kanak penghidap tumor mata itu. Kemudian, salah seorang kakitangan Batik Air meminta ketiga-tiganya turun dari kapal terbang untuk menemui pihak kuarantin.

Perkara itu dilakukan untuk memeriksa apakah kanak-kanak itu layak untuk terbang atau tidak. Dewi mengatakan, anaknya dinyatakan layak terbang setelah diperiksa doktor. Dia juga menunjukkan surat pengesahan daripada doktor berkaitan dengan kesihatan anaknya.

Tetapi malangnya, kata Dewi, pihak mereka tetap tidak mengizinkan ketiganya terbang. Lalu, Dewi pun meminta surat yang menyatakan anaknya dilarang terbang. Namun, kakitangan tersebut menolak. Malahan surat pengesahan dari pihak kuarantin juga diambil pihak maskapal.

Pengurusan Batik Air akhirnya memulangkan kembali wang tiket melalui potongan biaya travel yang telah digunakan.

“Di situ saya tidak boleh berkata apa-apa lagi. Kami kecewa, seharusnya kami telah berlepas. Kami pilih pelepasan pagi disebabkan tidak terlalu berbau. Waktu itu penumpangnya juga tidak terlalu ramai,” ujar Dewi.

Ketika itu, Dewi sempat melihat dan mendengar salah satu kakitangan pesawat memarahi kakitangan lainnya kerana membiarkan anaknya masuk ke dalam kapal terbang.

“Kita lihat ada kakitangan, kemungkinan orang atasannya, marah-marah,” ujar Dewi. Akhirnya, Dewi bersama anaknya dan Yuni balik semula ke rumah persinggahan di Jakarta Pusat.

Penjelasan Batik Air

Corporate Communication Strategic of Batik Air Danang Mandala Prihantoro mengatakan, pihaknya telah melakukan tindakan sesuai prosedur.

Kakitangan terlebih dahulu bertanyakan keadaan pesakit dan meminta ketiga penumpang untuk turun dan melapor diri ke customer service.

Pesakit juga telah diperiksa di bahagian kuarantin lapangan terbang. Danang mengakui Dewi telah memberikan surat kelayakan terbang dan kakitangan telah memeriksa surat tersebut.

Namun, kata Danang, pihak penyedia kapal terbang tetap tidak boleh mengizinkan pesakit untuk mengikuti penerbangan itu. Pihak Batik Air telah mengembalikan kos tiket ketiga penumpang tersebut.

“Batik Air menjelaskan, berdasarkan pertimbangan faktor keselesaan penerbangan, maka tidak boleh terbang pada penerbangan berikutnya,” ujar Danang.

Lihat Video Luahan Ibu Tersebut Di Bawah


Sumber Video : lukmanjaelani facebook

Sumber : Tribunnews

Leave a Reply

error: Content is protected !!