Fenomena kepala air nie memang cukup bahaya, walau macam mana korang terer berenang pon mesti boleh mati lemas kalau panik.Ala2 tsunami kat kawasan air terjun la untuk senang korang bayangkan. Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
Bahaya Kepala Air Dan Tanda Tanda Awal
Kejadian Lemas 5 Sekeluarga Baru-Baru Ini Sangat Mengejutkan.. dan MENYEDIHKAN Air Terjun Atau Sungai Yang disangka Tenang secara Tiba-tiba Mampu Menghanyutkan Anda Walaupun Anda Pandai Berenang?? Mengapa Ini Boleh Berlaku??
Ia Berpunca Dari Arus Deras Yang Digelar Kepala Air Ataupun Pusaran Air.. Kepala air Terjadi Di kawasan Sungai Air Terjun Atau Jeram Akibat Hujan Yang Berlaku Di Kawasan Atas Bukit.. Dan Air Pasang .. Air Yang Bertakung Di Atas Bukit Akhirnya Akan Melimpah Bagaikan Tsunami Kecil.. Masih Ramai Yang Tidak Tahu Akan Pekara Ini..dan tidak mengambil langkah berhati hati..
Jadi Ada Beberapa Langkah Awal Yang Perlu Di Ambil Sebelum Melakukan Aktiviti Mandi Manda Dan Berkelah
- Jangan Pergi Ke kawasan Yang terlalu Dalam Jika Membawa Anak Kecil
- Perhatikan Keadaan di sekitar kawasan perkelehan Cuaca mendung atau hujan
- Pilih Kawasan Yang Cetek Dan agak Berbatu
- Alakkan Naik ke Kawasan Air Terjun Jika Cuaca mendung
- lihat Warna Air Jika warna Gelap dan kehijauan Pasti Airnya Dalam
- Pastikan Jugak Keadaan Pasir Yang Tidak Terlalu Licin atau Jerlus
- pilih tempat yang ramai orang
- Sukat Paras Air Dengan Pacakkan sebatang Kayu jadi Anda Akan Lebih Berwaspada Jika Paras Air Secara Tiba-tiba Meningkat
- Dan Jangan Berkelah Di musim Tengkujuh
- Buat Carian Tentang Kawasan Berkelah Itu Selamat Ataupun Tidak
Berikut Adalah Tanda-Tanda Awal Kepala Air Yang Wajib Anda Perhatikan Ketika Mandi
1. Air mula berbuih halus (macam buih air kencing)
2. Terdapat banyak daun2 atau rumput segar bersama aliran air.
3. Air bertukar dari warna asal (hijau- coklat)
4. Terdengar bunyi-bunyi berlanggar (letupan2 kecil).
5. cuaca mendung atau mulai hujan (kita tak tahu kalau atas bukit dan hujan dulu)
~Jika berlaku tanda-tanda di atas, bersedialah utk beredar Atau Naik Ke darat Secepat Mungkin Kerana Lambat Sesaat Mungkin Membawa Padah.
Memang Seronok Mandi Dan Berkelah Bersama Keluarga Malahan Di Kawasan Air Terjun Semula Jadi yang pasti sejuk dan menyegarkan.. apa yang perlu kita ingat adalah sentiasa berwaspada kerana dimanapun kemalangan boleh berlaku.