4 Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita. Ya Allah Ya Rahman, Tunjukkan Lelaki Ini Jalan Yang Diredhai Oleh Mu.

Author:

Dalam organisasi kekeluargaan, kaum lelaki adalah pemimpin atau imam. Untuk itu, lelaki wajib membimbing, mengingatkan dan mempimpin keluarganya ke jalan yang benar iaitu jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Lelaki diberi tanggungjawab dan amanah yang sangat berat. Di akhirat kelak setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan di hari pengadilan Allah kelak.


Tanggungjawab seorang lelaki sangatlah besar disisi Allah SWT

Bukan perkara mudah dalam tanggungjawab memimpin sebuah keluarga. Banyak halangan dan rintangan yang akan dihadapi. kenyataannya di zaman sekarang ini, komunikasi antara satu sama lain dalam keluarga sangatlah sedikit.

Tambahan pula masyarakat sekarang terlalu sibuk dengan gajet-gajet yang semakin melalaikan yang membuatkan mereka akan sibuk dengan hal masing-masing.

Di akhirat kelak, terdapat 4 golongan lelaki yang akan ditarik ke dalam neraka oleh wanita. Ini disebabkan golongan lelaki tersebut tidak memberikan hak-hak wanita dan tidak menjaga amanah Allah SWT. Mereka ialah:

SEORANG AYAH

Apabila seseorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan keperluan ilmu agama seperti mengajar atau menyuruh anaknya bersolat, berpuasa, membaca alquran dan sebagainya. Dia juga membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Adalah tidak cukup kalau hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya itu sendiri. Wahai Ayah! Bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kamu mengajarnya bersolat? Adakah mereka benar-benar menutup aurat?

Adakah mereka mempunyai pengetahuan agama? Adakah mereka membiarkan aurat mereka dilihat oleh orang lain yang diharamkan ke atas mereka? Jika ya, mereka sedang menarik anda ke neraka.

SEORANG SUAMI

Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun beliau merupakan seorang yang alim, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-samanya ke dalam neraka.

Wahai suami! Bagaimanakah keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika kamu tidak menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yang kamu akan ditarik ke neraka bersamanya.

SEORANG ABANG

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita dalam keluarganya akan jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, maka dia juga tidak terlepas dari tarikan adiknya di akhirat kelak.

Wahai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, Ingatlah! Jangan hanya dengan menjaga amalanmu, jangan ingat kamu terlepas dan akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Jika membiarkan adikmu begitu sahaja.

ANAK-ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi agama Islam. bila ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Tunggulah tarikan ibunya ke neraka. Wahai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibumu juga insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari api neraka. Jika tidak, kamu juga akan ditarik menjadi penemannya di sana.

Lihatlah betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Oleh itu, seeloknya hendaklah kita sebagai kaum lelaki menjaga keluarga dan juga diri kita dari api neraka. Sesuai dengan firman Allah SWT seperti berikut:

Surah At-Tahrim Ayat 6

Maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” [QS. At-Tahrim ayat 6]

Leave a Reply

error: Content is protected !!