Adakah Suami Layak Di Layan Isteri Sekiranya Hanya Memberi Nafkah Begini Sahaja Kepada Isterinya.

Author:

Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami. Namun Awas! Berdosa besar suami beri nafkah begini pada isteri!!!

Nafkah untuk isteri? Apa yang dimaksudkan dengan nafkah? Kenapa ianya hanya untuk isteri? Untuk suami tidak ada ke? Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada si suami.

Pemberian nafkah kepada isteri adalah tanggungjawab suami seperti yang telah ditetapkan oleh Islam. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.

TURUTAN NAFKAH SUAMI
1. Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa).

Turutan nafkah adalah seperti berikut;

  • a) Diri sendiri
  • b) Isteri
  • c) Anak
  • d) Bapa
  • e) Ibu
  • f) Cucu
  • g) Datuk
  • h) Saudara
  • i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

ISTERI KAYA DAN BERADA? INI SUAMI PERLU LAKUKAN..
Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

BERI NAFKAH PADA ORANG LAIN
Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.

b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.
Wallahu a’lam.

Hukum Suami Tidak Menafkahi Isteri

Allah SWT telah memerintahkan suami untuk menafkahi isterinya. Apabila suami tidak melakukan perbuatannya tersebut, maka sudah pasti hukumnya dosa. Terlebih lagi jika suami tidak mau bekerja dengan alasan malas. Ia tidak berusaha dan menggunakan kekayaan si isteri, sungguh tindakan ini adalah tindakan tercela. Bagaimana pun juga isteri telah melayani suaminya (seperti mencuci pakaian, memasak, dan sebagainya), lalu bagaimana dapat suami tersebut menikmati layanan itu tanpa memberikan nafkah?

Allah Ta’ala berfirman:

Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka” (QS. An Nisa: 34)

Sebelum menikah, tanggung jawab wanita ada pada orang tuanya. Namun setelah ia menikah, seluruh tanggung jawabnya beralih ke suami. Seorang suami adalah pemimpin bagi isterinya. Maka itu, sudah selayaknya ia melindungi isterinya dengan cara menyayangi, menjaga dan termasuk menafkahi. Memberi wang belanja (wang makan), membelikan pakaian serta keperluan asas lainnya sesuai kesanggupan. Apabila suami tidak memenuhi tanggungan tersebut, maka ia pun berdosa. Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR. Abu Daud-Ibnu Hibban, dihasankan oleh Al Albani dalam Shahih Abi Daud)

Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
2. Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan

Sumber : Sahabat Mahkamah Syariah via biskutmanis

2 thoughts on “Adakah Suami Layak Di Layan Isteri Sekiranya Hanya Memberi Nafkah Begini Sahaja Kepada Isterinya.”

Leave a Reply

error: Content is protected !!