Aduh, Bawa Kereta Siang Pening, Jalan Malam Silau Dengan Lampu Kereta. Prof Dr Muhaya Kongsikan Cara Pulih Rabun Silau.

Author:

Mata adalah pancaindera yang dikurniakan oleh Tuhan kepada kita semua. Ada yang memiliki mata normal dan ada yang sampai bercermin mata dek masalah mata ataupun disebabkan faktor umur.

Tahukah anda yang mata kita memiliki 107 juta sel yang sangat sensitif dengan cahaya.

Dan untuk penglihatan normal dan sihat, memerlukan pemeriksaan yang dilakukan oleh doktor mata iaitu membaca carta di dalam jarak 20 kaki.

Jika keputusan 20/20, memang mata anda adalah normal.

cara kurangkan rabun dan silau mata

Kebanyakan orang fikir jika mata mula rabun ataupun silau, ia akan membawa hingga ke tua. Pendek kata kalau sudah mula pakai cermin mata makanya hingga ke tua la kan.

Salah tanggapan itu.

Sebenarnya boleh diperbaiki mata kita dengan melakukan senaman khas untuk mata disamping corak makanan juga membantu.

Sebelum itu, kita lihat secara terperinci apa itu rabun dan silau mata.

Rabun Jauh

Dikenali juga dengan Myopia.

Dapat melihat objek dekat dengan terang tetapi kabur untuk objek jauh. Biasanya mata akan dikecilkan untuk fokus bagi melihat objek yang tidak nampak.

Rabun Dekat

Dikenali juga dengan Hyperopia.

Objek dekat dengan mata menjadi kabur dan sebaliknya pandangan menjadi jelas untuk objek jauh.

Biasanya mereka yang alami rabun dekat, mata akan lebih penat dan cepat sakit kepala bila membaca buku.

Rabun Silau

Juga dikenali Astigmatism.

Rabun silau ini biasanya akan mempengaruhi pandangan waktu malam. Sebab cahaya yang memantulkan menyebabkan pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh.

Ada juga untuk wanita, perubahan hormon semasa mengandung dan bersalin menyebabkan mata menjadi rabun lebih teruk. Untuk lebih detail, saya kongsikan di Rabun Mata Semakin Tinggi Selepas Bersalin.

Jom saya kongsikan petua untuk bantu rawat rabun dan silau mata.

3 Petua untuk Rawat Rabun dan Silau Mata

1. Petua untuk senaman mata

Mata juga perlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.

Senaman 1

Cara rawat rabun dan silau mata

Klik pada gambar untuk ilustrasi bergerak

Senaman 2

Cara rawat rabun dan silau mata

Klik pada gambar untuk ilustrasi bergerak

Untuk lebih terperinci, boleh lihat video ini. Bagaimana beliau melakukan secara konsisten selama 2 bulan dan mata kembali normal.

2. Sunning dan Palming

Sunning ataupun berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita.

Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari. Seolah mata akan menyerap ‘tenaga’ yang dipancarkan oleh matahari dengan nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari.

Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.

Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup di mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai.

Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.

3. Makanan Tinggi Vitamin A dan Beta Karotena

Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi beta karotena yang tinggi. Saya detailkan disini antara makanan harian kita yang membantu untuk mata.

i) Karot mengandungi tinggi Vitamin A untuk bantu kekalkan kesihatan kornea mata dan bantu melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

ii) Bayam sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Jangan fikir jadi macam dalam cerita Popeye kan. Hehehe.

Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.

iii) Minyak ikan sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata.

Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.

iv) Tomato antara yang bagus untuk sumber Lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata.

Katarak sejenis selaput yang di mata yang menganggu penglihatan mata.

Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan sejak dari kecil.

kredit : Rabun Silau

One thought on “Aduh, Bawa Kereta Siang Pening, Jalan Malam Silau Dengan Lampu Kereta. Prof Dr Muhaya Kongsikan Cara Pulih Rabun Silau.”

Leave a Reply

error: Content is protected !!