Sedia membendung isu pembuangan bayi, niat murni pelakon Abby Abadi harus dipuji apabila membuat keputusan untuk mengambil seorang anak angkat lelaki baru-baru ini.
Diberi nama Muhammad Daiyan Fayyadh, bayi berusia dua minggu berkenaan telah menjadi penyeri hidup bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu bersama suaminya, Muhammad Faizal Zakaria.
Sering memuat naik aktiviti seharian bersama anaknya di laman Instagram, Abby juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi gambar-gambar ‘photoshoot’ bayi comel itu.
Dengan bertemakan Islamik seperti seorang tahfiz, semoga Muhammad Daiyan Fayyadh membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta dapat membawa kedua ibu bapa ke syurga!