HERO JAMAL YUNOS AKHIRNYA TIBA DI MALAYSIA DAN INI PERTUDUHAN MENGEJUTKAN YANG BAKAL DIAMBIL

Author:

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos tiba di Mahkamah Ampang tepat jam 3.58 petang tadi.

Beliau yang memakai baju -T dan bertopi tiba dikawal ketat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) IPD Ampang.

Polis membawa Jamal ke mahkamah tersebut bagi mendapatkan reman untuk siasatan bagi pertuduhan melarikan diri daripada tahanan sah mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini polis telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal yang melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadapnya. – MalaysiaGazette

JAMAL AKAN DIDAKWA MELARIKAN DIRI DARIPADA TAHANAN POLIS

Mazlan Mansor

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Mohd Yunos akan berhadapan dengan tuduhan melarikan diri daripada tahanan polis di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan serta beberapa kesalahan lain mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor.

Katanya, Jamal yang diiringi sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan MH710 kira-kira jam 2 petang ini.

“Sebaik beliau tiba di KLIA, kita membawanya terus ke Mahkamah Ampang untuk proses pertuduhan.

“(Pertuduhan) ini termasuk semua waran tangkap yang sudah dikeluarkan ke atasnya sebelum ini,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Jamal yang juga Pengerusi NGO Malaysia ditahan sepasukan pegawai Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta bantuan negara itu untuk mengesan dan memberkasnya ketika dia berada di Indonesia.

Sebaik ditahan Isnin lalu, Jamal kemudian disiasat oleh Polis Antarabangsa Indonesia (Interpol Indonesia) dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Indonesia untuk tindakan serta proses pengusiran. – MalaysiaGazette

PDRM KERJASAMA DENGAN POLRI BAWA JAMAL PULANG

Pekida-Jamal-1-681x453

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang berurusan dengan pihak berkuasa Indonesia untuk membawa pulang Jamal
Md Yunos yang telah ditahan di republik berkenaan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam kenyataan hari ini mengesahkan pihaknya menerima panggilan pasukan Polis Republik Indonesia (POLRI) yang memaklumkan mengenai tangkapan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu di Indonesia.

“PDRM sedang berurusan dengan pihak POLRI untuk menyelaraskan proses membawa pulang Jamal ke Malaysia.

“Ia bagi membolehkan proses tindakan undang-undang diambil ke atas beliau,” katanya sambil menjelaskan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kenyataan Mohamad Fuzi itu menyusul setelah Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan semalam mengesahkan tangkapan Jamal di negara jiran.

Jamal yang juga bekas calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu diburu PDRM kerana disiasat berhubung sembilan kes termasuk kesalahan senjata api.

Jamal melarikan diri ke Indonesia semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.

Jamal disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

Sumber Malaysia Gazette

Leave a Reply

error: Content is protected !!