‘Ingatkan Sakit Perut Biasa’, Anak Hidap Kanser Tahap 3. Ya Allah Kuatkan Semangat Ibu Anak Ini, Hebat Sungguh Ujiannya.

Author:

Hanya bermula dengan sakit perut biasa, kanak-kanak comel ini dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Pada awalnya doktor memberitahu ada ketumbuhan pada badan dan perlu dibedah. Seminggu selepas pembedahan doktor mengesahkan anak menghidap kanser tahap 3.

Menerusi luahan hati di Facebook, ibu meminta orang ramai supaya mendoakan si comel ini panjang umur dan diberi kekuatan melawan sakit. Sebak!

Ingat sakit perut biasa

Assalamualaikum nama saya Raysha Nur Adriana 1/10 ni genaplah saya 3 tahun, dulu saya seorang kanak kanak yang ceria dan mumy kata saya penyeri dalam rumah dan hati dia sebab saya anak perempuan. Dulu rambut saya panjang mumy suka ikat rambut saya tinggi tinggi lepastu mumy suka buat tocang dekat rambut saya. Tapi masa bulan puasa saya dah mula sakit, mumy ingat saya sakit perut biasa saja tapi lama kelamaan sakit tu makin kuat sampai saya sukar untuk bernafas.

Daddy bawa saya pergi klinik pergi hospital masuk kk6 sehari je kemudian doktor suruh balik katanya saya tak ada apa-apa masalah sedangkan masa tu pernafasan saya dah laju. Dengan rela hati daddy and nenek bawa saya balik kemudian esok kan tu sakit saya makin terus mumy balik tak jadi nak pergi kerja jadi daddy nenek and mumy bawa saya pergi HKL.

Tolak masuk zon merah

Abang dekat depan jaga kaunter tu terus tolak saya masuk zon merah. Mula-mula mereka kata saya denggi kemudian jangkitan kuman diparu paru then buat scan doktor kata paru paru berair tapi bila doktor pakar datang dia kata bukan sekadar paru paru berair tapi ada ketumbuhan dalam badan saya sehingga menutup saluran pernafasan saya. Selang dua hari doktor buat keputusan nak operate saya.

Mumy tak henti-henti nangis sebab mumy takut sesuatu berlaku. Masuk bilik operate nenek yang hantar tapi sekejap je lepas saya kena bius nenek keluar, lepas saja operate saya kena stay dalam icu untuk pemerhatian doktor. Lepas seminggu saya diberi keizinan balik, mumy gembira sangat tapi mumy pelik kenapa ada wayar warna putih tergantung. Lepas dari tu mumy tetap susah hati tapi mumy terpaksa pergi kerja, daddy dan nenek hantar saya ke hospital sebab doktor nak jumpa.

Doktor sahkan kanser tahap 3 ke 4

Tiba-tiba doktor sahkan saya menghidapi cancer stage 3 ke 4. Mumy berkali kali kol daddy tapi daddy tak angkat mungkin sebab daddy tak nak mumy risau tapi auntie saya dah post dalam whatsapp jadi mumy tahu. Mumy tak senang nak buat kerja terus balik dah sampai rumah mumy nangis tak terhenti sebab mumy tak boleh terima saya cancer. Cancer saya sejenis cancer rare. Saya org ke 8 yang kena cancer ni jadi tak ada ubat boleh bantu saya melainkan chemo.

Doktor kata kalau dah start chemo rambut saya, bulu mata saya semua akan gugur. Tapi mumy kata saya tetap cantik di mata dia, lepas dari chemo mulut saya sakit kadang-kadang seminggu tak makan. Saya kerap demam mumy sentiasa teman saya dalam hospital kadang kadang nenek pun teman saya. Tapi kesian pada daddy sebab kena hantar saya ulang alik ke hospital. Dalam hospital mumy cuma ada saya dia tak berani untuk tegur orang dalam wad sebab mumy sorang perempuan yang takut untuk tegur orang. Jadi dia akan jaga saya sepanjang masa kalau ada org tegur dia baru dia tegur balik.

Doakan Raysha panjang umur & kuat

Jadi auntie and uncle kat luar sana tolong doakan Raysha panjang umur dan kuat untuk lalui semua ni, harini auncle and auntie tolong isha insyallah esok lusa Allah swt balas segala jasa baik uncle dan untie. Perubatan Isha memang mahal. Susu Isha pun kena tukar mumy dah cuba minta bantuan Baitulmal dan Isha berharap mereka sudi bantu kami Insyallah

#prayforraysha
#ishabeatCANCER

Sumber : Raysha Adriana

Leave a Reply

error: Content is protected !!