Ini Sebab Kenapa Anda Perlu Letak Duit Syiling Dalam Peti Ais Sebelum Balik Beraya

Author:

Sesuai sangatlah musim-musim Raya ni, ramai yang nak balik kampung kan? Tapi, dalam masa sama risau dengan makanan yang ditinggalkan dalam peti ais. Takutlah sepanjang di kampung nanti, power elektrik tiba-tiba terputus. Busuklah semua ikan-ikan dalam peti, balik dari kampung kita pergi masa pula lauk-pauk. Tak pasal-pasal masuk hospital satu keluarga.

Korang tahukan kalau makanan yang disimpan dengan suhu yang rendah akan menyebabkan ia rosak dan korang boleh terkena keracunan makanan. Jadi, cara terbaik adalah masak dan habiskan lauk sebelum tinggalkan rumah dalam masa yang lama. Baru tak membazir.

Pun begitu, kalau terpaksa simpan juga dalam peti sejuk tapi risau kalau elektrik mati tiba-tiba, korang boleh cuba tips ini.

Bahan-bahan:

Duit syiling, Gelas plastik, Air.

Cara-cara:

Isi air dalam gelas plastik 3/4 penuh dan letak dalam peti sejuk. Biarkan jadi ais. Selepas itu, letak duit syiling atas ais yang beku.

Selepas balik dari cuti panjang, tengok syiling yang ditinggalkan. Kalau syiling tersebut masih berada diatas ini bermakna, tiada gangguan elektri yang berlaku. Tapi, kalau korang dapati, syiling berada dibawah permukaan gelas, ini bermaksud ais itu pernah cair dan terdapat gangguan elektrik yang lama

Kesimpulannya, jika berlaku gangguan elektrik, buanglah semua makanan dalam peti sejuk itu sebab potensi untuk kesemua makanan rosak adalah sangat besar. Jangan rasa sayang tengok makanan, pergi masak juga ya. Ke hospital lah jawabnya nanti.

SUMBER : Siakap Keli

Kalau boleh tidak perlu tinggal barang basah yang boleh busuk dalam peti ais, balik cuti nanti singgah je tesco ke giant ke beli barang basah baru. Jika tips ini manafaat .. silakan lah share. Selamat Hari Raya ..

Leave a Reply

error: Content is protected !!