Pertemuan semula itu pasti membawa kembali memori indah di masa lalu, dan ia membangkitkan perasaan emosi juga. Dan ia tidak terbatas dalam hubungan sesama manusia sahaja. Haiwan juga dapat merasainya.
Limbani, seekor anak cimpanzi yang telah diselamatkan setelah mendapat penyakit pneumonia semasa ia baru sahaja dilahirkan, dan setelah pulih, ibu Limbani enggan menerimanya. Nasib Limbani amat baik, apabila sepasang suami isteri bernama Tania dan Jorge telah secara sukarela mengambil dan menjaganya menerusi projek kelolaan ‘Zoological Wildlife Foundation’.
Pasangan Tania dan Jorge meninggalkan Limbani buat seketika setelah menjaganya selama beberapa bulan. Kemudian setelah beberapa bulan, mereka datang kembali bertemu dengan Limbani dan reaksinya amat melucukan dan menyentuh hati pada masa yang sama.
Limbani sedang minum apabila Jorge memanggil namanya dari belakang. Dengan tidak semena-mena air minumannya telah tersembur keluar apabila melihat pasangan Jorge dan Tania yang sangat dirinduinya.
Perasaan teruja dan rindu Limbani pada penjaga lamanya apabila bertemu semula tidak dapat dibayangkan, sama sahaja seperti perasaan manusia, tetapi dalam suasana yang lebih menghangatkan jiwa dan perasaan.
Dengan pelukan yang sangat erat, dapat dibayangkan betapa mendalamnya perasaan kasih sayang Limbani bersama penjaga lamanya, Tania dan Jorge. Tiap kali selepas mereka berpisah dan kemudian bertemu semula, perasaan kasih sayang dan rindu itu tetap sama. Seekor haiwan juga memiliki memori yang baik dan ia tidak akan melupakan seseorang yang telah melayannya dengan hormat dan baik serta penuh kasih sayang sampai bila-bila.
Lihat video pertemuan semula yang menyentuh hati ini di bawah.
Sumber; Era Baru