Menguap dalam solat memang kadang kala berlaku ini merupakan salah satu gangguan syaitan terhadap kita ketika solat, namun jika menguap ketika sedang baca Al-Fatihah perlu ke kita ulang bacaan tu.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Apabila sedang membaca surah al-Fatihah dan tiba-tiba menguap maka perlu ulang balik ayat yg terganggu semasa menguap. ini ker@na sebutan ketika menguap tadi telah lari dari sebutan yg betul. Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Menguap adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang daripada kalian menguap, tahanlah sedaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang kalian menguap sambil berbunyi ‘Haaa’, maka ketawalah syaitan. ” ( Hadis Riwayat Bukhari)
Jika tidak dapat menahan diri daripada menguap, maka tutuplah mulut dengan tangan dan berusaha tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud : “Jika seseorang kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka). ”
( Hadis Riwayat Muslim)
Demikian sahaja yang boleh saya sampaikan, sebelum itu saya mohon maaf kepada pembaca sekiranya apa yang saya sampai ini ada sedikit kesalahan atau sebagainya, Saya ini hanya manusia biasa yang tidak luput dari kesalahan”.
Semoga artikal ini memberi manfaat untuk anda semua. Wallahu a’lam
Hukum Menguap Ketika Solat – Ustaz Azhar Idrus