Moga Allah Mengizinkan Cinta Kita Hingga Ke Syurga, Permintaan Siti Sarah Sempena Bday Shuaib Ini Buat Netizen Tersentuh.

Author:

Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Shuib hari ini, isterinya yang juga seorang penyanyi, Siti Sarah Raissuddin ada memberikan ucapan teristimewa buat suami tercintanya.

Dedikasi dan ucapan penuh makna itu ditulis penyanyi lagu Semakin itu di instagram yang dikemas kini.

“Terima kasih Allah mencipta suami ku.. terima kasih @amy_salmi melahirkan suami ku.. terima kasih @shuibsepahtu menjadi suami ku.. moga diampuni segala dosa suami ku dipanjangkan umurnya supaya lebih banyak manafaat hidupnya untuk sekalian alam.

“Dimurahkan rezekinya supaya lebih bayak amal yg dapat dilakukan, lebih berjaya, aman rumahtangga moga suami ku diberkahi dan dipermudahkan segala urusan akhirat dan dunia. Amin amin amin ya robbal alamin,” kongsi Sarah.

Pada masa sama, penyanyi ini juga turut berdoa agar jalinan cinta yang dibina akan terus kekal hingga ke syurga dengan izinNya.

“Moga Allah mengizinkan cinta kita hingga ke syurga.. happy birthday SUAMI,” tulis Sarah lagi.

Justeru, rata-rata peminat turut mendoakan kesejahteraan Shuib bersempa dengan ulang tahun kelahiran dan tidak kurang yang turut berharap agar hubungan mereka kekal harmoni sampai bila-bila.

Sumber: Instagram Siti Sarah via MH

Leave a Reply

error: Content is protected !!