Rahsia dapatkan baby kembar. Doktor pakar sakit puan ini kongsi beberapa tips untuk suami isteri supaya boleh dapatkan anak kembar.

Author:

Melihat telatah comel pasangan kembar pasti akan mencairkan hati siapa pun sehingga membuatkan ramai pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk mendapatkan anak kembar. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu akan kaedah atau cara untuk mendapatkan bayi kembar.

Baru-baru ini, seorang doktor pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat telah berkongsi 8 tips buat pasangan suami isteri yang mahukan anak kembar di Facebook miliknya.

Berikut adalah perkongsian daripada Dr Hamid:

BOLEHKAH RANCANG DAPAT ANAK KEMBAR? SERONOK DAPAT ANAK KEMBAR.

Tahniah kepada Puteri yang sedang hamil kembar 10 minggu. Kelihatan kembar ini jenis dichorionic/dizygotic atau non identical. Ertinya ia berasal dari dua telur/ovum yang telah disenyawakan oleh benih suami secara berasingan. Jenis kembar ini lebih selamat kerana masing-masing mempunyai uri sendiri.

Kredit foto: Facebook| Dr Hamid Arshat

Kembar identical atau mono zygotic berasal dari satu telur dan selepas bercantum dengan lelaki benih, embrio yang dihasilkan pecah dua. Kembar ini berkongsi uri dan lebih berisiko gugur, janin mati dan lain-lain masalah.

1. Peluang orang Asia mendapatkan kembar hanya 1-2%

Pada keseluruhan peluang hamil kembar secara spontan adalah antara 1 hingga 4%. Orang Afrika dikatakn mempunyai kadar kembar tertinggi iaitu sebanyak 4%. Orang Amerika dan Eropah pula 3% dan orang Asia termasuk orang malaysia adalah terendah iaitu pada kadar 1 – 2% sahaja.

2. Keturunan kembar sebelah ibu.

Jika ada kembar dalam keluarga khususnya dari sebelah keluarga ibu, peluang hamil kembar dikatakan meningkat kepada 4 kali ganda.

3. Hamil ketika umur 40 tahun ke atas .

Mereka yang telah melahirkan 4 orang anak atau lebih dikatakan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melahirkan kembar. Begitu juga mereka yang hamil pada umur 40 tahun ke atas.

4. Amalkan vitamin dan asid folik.

Mereka yang mempunyai tahap kesihatan terbaik dan makan berzat dan berkhasiat serta mengamalkan makan makanan tambahan seperti vitamin dan asid folik lebih berpeluang untuk hamil kembar.

5. Makan produk tenusu.

Ada yang mengatakan mereka yang sering minum susu dan makan produk tenusu lebih berpeluang hamil kembar. Mungkin ‘insulin like growth factor’ (IGF) yang dikeluarkan oleh hati lembu menjadi penyebab kepada hamil kembar.

6. Makan keladi dan ubi.

Orang-orang asli di Africa yang makan keladi dan ubi didapati mempunyai peluang melahirkan kembar 4 kali ganda lebih tinggi daripada orang lain.

7. Hormon kesuburan.

Hormon subur sama ada pil atau suntikan meningkatkan peluang melahirkan kembar. Wanita yang makan pil kesuburan clomid mempunyai peluang hamil kembar antara 5 – 10%. Manakala mereka yang mengambil suntikan hormon gonadotrophin mempunyai peluang untuk memiliki kembar dalam linkungan 30%. Malangnya kadang-kadang berlakunya kembar 4 atau lebih dan perkara ini meyebabkan risiko keguguran yang tinggi.

8. Rawatan IUI dan IVF

Mereka yang menjalani rawatan suntik benih suami (IUI) dan mereka yang menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) juga berpeluang lebih tinggi untuk mendapatkan kembar.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Era Baru

Leave a Reply

error: Content is protected !!