Demi Allah, Aku menyayangi kawanku ibarat aku menyayangi diriku sendiri.
Persahabatan yang ikhlas dan sejati selalu menjadi sesuatu yang paling berharga bagi sesiapa saja, begitu mengagumkan apabila lelaki ini sanggup merisikokan dirinya untuk menyelamatkan rakannya dari ancaman seekor buaya.
Seorang lelaki bersungguh-sungguh menyelamatkan dirinya apabila berada dalam air berhampiran buaya.
Lelaki itu cuba membaling banyak batu untuk menghalau buaya itu.
Apabila dia merasakan bahaya itu sangat dekat dengan kawannya, dia terus melompat ke dalam air.
Melompat betul-betul di hadapan buaya tersebut untuk menghalaunya dan menyelamatkan rakannya.
Dan dua lelaki dengan cepat mendaki naik ke atas tebing.
Kerana buaya itu masih lagi berada dekat dengan mereka, dia telah memercikkan air untuk mengancamnya.
Lelaki ini benar-benar berani, ini adalah seorang kawan yang baik apabila sanggup menggadai nyawanya demi menyelamatkan rakan daripada bahaya.
Hadis Persahabatan: Ikatan Setiakawan Kerana Allah
“Ikatan iman yang paling teguh ialah setiakawan demi Allah dan berkonfrontasi demi Allah, kasih demi Allah, benci pun demi Allah.” (Riwayat Tayalasi, Hakim, Tabarani fi al-Kabir dan al-Ausat, Ahmad, Ibn Abi Syaibah, dan Ibn. Nasr)