Ibu kandung disyaki memb-unuh anak lelakinya berusia 19 bulan di Jengka, Pahang malam tadi direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Asmadi Mahayudin di Mahkamah Majistret Maran kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata suspek berusia 31 tahun ditahan malam tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana memb-unuh.
Kejadian disedari bapa mangsa selepas melihat isterinya mengelar anak bongsu mereka menggunakan pisau dalam bilik di rumah pasangan terbabit kira-kira jam 8:40 malam.
Ketika kejadian bapa kanak-kanak terbabit berusia 42 tahun mendakwa sebelum kejadian isterinya membaca al-Quran dan keluar mengambil anaknya sedang tidur di ruang tamu serta membawa masuk ke bilik.
Suspek kemudian dilaporkan mengelar leher anaknya.
Mangsa dipercayai menin-ggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Jengka.
Pasangan terbabit mempunyai tiga anak dan berdasarkan siasatan awal, suspek tidak pernah mendapat rawatan mental.
Jenazah kanak-kanak lelaki berusia setahun tujuh bulan yang dikelar ibunya sendiri malam tadi dituntut waris untuk dibawa pulang ke rumah keluarga berkenaan di FELDA Jengka 13, Maran, Pahang kira-kira 2.40 petang tadi.
Ia selepas proses bedah siasat yang berlangsung selama hampir lima jam di Unit Forensik Hospital Jengka selesai.
Jenazah itu dikendong rapi bapa mangsa yang berusia 42 tahun itu dalam suasana hiba menaiki kereta Perodua Alza.
Pengurusan jen-azah dijalankan di kediaman keluarga berkenaan untuk dimandi, dikafan dan disolatkan.
Selesai urusan itu nanti, Allahyarham dijangka dibawa ke Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 untuk dikebumikan.
KUANTAN – Ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dikelar sehingga menyebabkan kemattiannya bakal dihadapkan Majistret Temerloh pagi esok.
Mangsa, Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal, anak bongsu daripada tiga beradik dikelar di dalam bilik di rumah mereka kira-kira pukul 8.40 malam di Felda Jengka 13, Maran, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, wanita berusia 31 tahun dari Pasir Puteh Kelantan itu bakal dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan atas kesalahan membuunuh.
“Kertas siasatan telah siap dan suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok.
“Pertuduhan akan dilakukan mengikut 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan kesalahan hendaklah digantung sampai ma-ti,” katanya ketika dihubungi disini hari ini.