Ya Allah Dikau Permudahkan Kerja Ustaz Ebit Lew. Sebak Seorang Pemuda Memeluk Islam, Hidayah Milik Allah SWT, Siapakah kita Untuk Mengsangsikannya.

Author:

Stanley 22 tahun masuk Islam… Balik dari tv al hijrah tadi untuk program ‘a bit with ebit’ terus jumpa seorang anak muda. 6petang tadi di one utama berbual dengan Stanley nak berbual pasal Islam dan akhirnya ucap syahadah. Sebak jer rasa. Sampai jer one utama dia peluk saya menangis. Beliau teringin sangat nak masuk Islam.. Matanya asyik bergenang. Katanya beban yang ditanggung selama ini telah hilang. Ringan kepala rasa..bahagia hati.. Pernah cuba dekati Islam. Tapi hati rasa berat masa tu. Kini saya betul-betul nak rasa dekat dengan Allah.. Saya selalu tengok ustaz jumpa anak muda bukit bintang. Klcc dan beri orang makan. Dia hari-hari tengok video saya. Terima kaseh Allah. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Allah.. Esok 8pagi saya dan kawan-kawan akan bantu daftarkan dan carikan tempat belajar Islam. Ya Allah sebak dengar keazamannya ingin belajar Islam. -ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Hidayah Milik Allah SWT

Siapa Ebit Lew?

Beliau pernah berkongsi cerita dengan para pendengar mengenai kehidupan yang dilaluinya sehingga berada pada tahap kini di ruang radio Ikim.fm dalam Slot Islam Agamaku. Sungguh, siapa sangka beliau yang asalnya berketurunan Cina ini dijentik dengan hidayah Allah SWT ketika berusia 12 tahun.

Pada masa kecilnya, beliau merupakan seorang murid yang nakal namun terbuka hati untuk mulai belajar mengenal Islam melalui salah seorang gurunya. Dan bermula saat itulah, beliau tekun mempelajari tatacara solat serta mengajak ahli keluarganya yang lain untuk mendekati agama suci Islam.

Sampai rumah dah penat terlena awal. Terjaga awal tengok disisi ada bidadari yang dah lena. Duduk dan pegang tangannya perlahan-lahan. Terasa tangan yang penat menguruskan keluarga dan anak-anak..emmm… Kemudian..Terus tadah tangan doa. Ya Allah,betapa bidadariku ini terlalu baik untukku. Sempurna semuanya. Ciann bidadariku ini penat sangat..tengok wajahnya terlalu penat rasanya. Rasa nak nangis teresak-esak.. Ya Allah maafkanlah diriku dalam kekuranganku menyayangi dan membimbingnya. Ampunilah bidadariku ini.diriku amat sayang padaNya. Sayangilah dirinya. Berilah dirinya kekuatan dalam melalui hidup ini. Rasa sebak kerana nikmat Allah kurniakan bidadari yang sangat kuat ini.. Berkatilah umurnya. Berkatilah kehidupannya. Sayang, abang minta maaf kerana tidak menjadi suami yang sempurna. Tapi hati ini terlalu cinta dan sayang padaMu..-ebitlew Paramount Coffee House Putrajaya

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

hebat Allah kurnia hidayah pada Ustz Ebit Lew

seorang anak muda yatim tapi kuat berdakwah

Biodata Ustaz Ebit Lew
Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau

Tarikh Lahir : 21 Disember 1984

Umur: 33 Tahun (2017)

Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur

Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik

Bangsa : Cina

Agama: Islam

Status : Berkahwin

Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Karier: Pengarah Urusan Transform Training & Consultancy, Perunding Latihan, Penceramah Motivasi dan Penceramah Bebas

Semalam dah lewat dari Penang call anak saya Airis Safiyyah Lew.. Selamat hari lahir anakku Airis Safiyyah Lew dah 9 tahun. Allah sayang Safiyyah. Ayah minta maaf jauh disini. Ayah ingat hari lahir anak ayah 27 jun. Ayah sayangkan Safiyyah sangat-sangat. Ayah doa Safiyyah jaga solat awal waktu. Tutup aurat dan jaga agama. Jadi anak yang baik dunia dan akhirat. Jadi anak yang bantu umi dan sayang umi..lepas tu saya nyanyi sikit untuk dia dalam phone… Anak saya menangis dalam phone. Terima kaseh ayah. Kakak sayang ayah sangat-sangat. I love u ayah… Teringat lagi wahai anakku dari hari pertama tahu bidadari ayah umi Safiyyah mengandung. Happy dan excited yang amat sangat. Selalu dengar dan rasa Safiyyah tendang. Bahagia dan seronok yang amat sangat. Hari-hari sujud syukur dan doa supaya Allah beri anak ni selamat dan baik jer semuanya jadi anak solehah..sampailah satu hari umi tengah shoping barang baby.. Tiba-tiba sakit kena masuk hospital Naluri wangsa maju. Kelam kabut masa tu ayah ada ceramah. Cepat-cepat ke hospital. Bidadari saya dah ada disana.. Syukur sampai Maghrib dekat sana dari Bangi. Doa supaya selamat semuanya dan harap bersalin normal. Duit kumpul ngam-ngam untuk bersalin normal dekat hospital swasta. Dari Maghrib sampai tengah malam zikir Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. Baca yasin. Baca Al-Quran dan solat hajat dekat sisi bidadari saya. Saat yang dinantikan dan cemas itu pun tiba. Dengar bidadari dari tadi sakit. Sekejap-sekejap sakit sampai cukup masa. Masa tu bidadari saya pegang tangan saya. Saya dekat dahinya. Cium dahinya. Air mata saya laju. Macam-macam fikir. Fikir dosa saya. Fikir mak saya. Fikir isteri saya. Ya Allah sebab tu cakap uff pada mak derhaka dan dosa besar. Allahu… Lama nak push. Kami kira sama-sama dengan doktor. Akhirnya keluar 3.3kg. Baby lama senyap. Bidadari saya dah nak pengsan. Dari tadi menangis dan minta maaf. Bidadari saya tanya kenapa anak senyap. Anak takde ke abang. Saya minta maaf saya tak pandai push. Saya lagi sedih sebab begitulah wanita. Tak berhenti minta maaf. Asyik fikir anak dan suami. Lupa diri sendiri sakit. Akhirnya Safiyyah menangis. Ayah azan dan iqamahkan.I love u-ebit

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Pencapaian :

Penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2015M.
Penceramah Motivasi/Perunding Latihan di Excel Training di bawah bimbingan Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Tahir selama 4 tahun.
Memberi ceramah di seluruh Malaysia, Indonesia, Thailand, Pakistan, India, dan Singapura.
Penceramah slot motivasi pagi, Slot Islam Agamaku, Islam Itu Indah, Usrah Nurani dan lain-lain di radio IKIM.fm dan Sinar.fm.
Panel jemputan di pelbagai media massa seperti TV Al-Hijrah.
Telah mengendalikan lebih 1,000 kursus di agensi-agensi kerajaan dan swasta meliputi modul dalam bidang pembangunan manusia, kerja sebagai ibadah, kepemimpinan model Rasulullah SAW, menghidupkan sunnah dalam keluarga, amalan masjid Nabi SAW, bina insan, pembangunan kepimpinan, komunikasi berkesan, pasukan kerja, pengurusan stress, teknik belajar berkesan dan hubungan kemanusiaan.

sumber : IG ebitlew

Leave a Reply

error: Content is protected !!