Ikan Misteri Gergasi Berwarna Oren Seberat 45kg Ditemui Terdampar Di Pantai AS

Author:

Orang ramai dikejutkan dengan penemuan seekor ikan bersaiz gergasi berwarna oren dan perak terang yang mana spesiesnya tak pernah dilihat sebelum ini ditemui terdampar di sebuah pantai di utara Oregon, Amerika Syarikat (AS).

Penemuan ikan tersebut menarik perhatian ramai kerana badannya yang unik dan amat jarang dilihat. Walaubagaimanapun, tidak lama kemudian, spesis ikan gergasi itu berjaya dikenalpasti sebagai ikan Opah atau ‘moonfish’ oleh kakitangan Seaside Aquarium yang terlebih dahulu mendapat panggilan mengenai penemuan tersebut.

Menurut Tiffany Boothe selaku Penolong Pengurus Seaside Aquarium, ikan Opah yang seberat 45 kilogram (kg) dan berukuran kira-kira satu meter panjang itu merupakan penemuan pertama seumpamanya di kawasan pantai itu.

Ikan Opah tersebut dianggarkan seberat 45kg dan sepanjang 1 meter

Tambah Boothe lagi, mereka tidak dapat memastikan bagaimana ikan itu mati namun menyatakan sebelum ini ikan itu berada dalam yang keadaan baik.

Penemuan ikan itu kemudian dihebahkan oleh Seaside Aquarium melalui hantaran di media sosial.

Menurut ahli biologi dari Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional (NOAA) Perikanan, pakar percaya perubahan iklim mungkin menjadi salah satu faktor penemuan ikan Opah gergasi itu di pantai berkenaan

Tambahnya lagi, spesies ikan Opah atau ‘moonfish’ itu biasanya ditemukan di perairan tropika dan sub-tropika.

Selain itu, ikan Opah itu juga akan dibekukan sehingga akhir tahun dan pelajar yang terpilih akan berpeluang untuk membedah dan mengkaji ikan tersebut.

Antara fakta unik mengenai ikan Opah atau ‘moonfish’ ini ialah ia merupakan ikan berdarah panas pertama di dunia dan suhu badannya sentiasa lebih tinggi daripada persekitarannya.

Kredit: Seaside Aquarium

Leave a Reply

error: Content is protected !!