Isteriku Menjadi Pemalas, Sudah Tidak Cantik Dan Kuat Marah. Cuba 5 Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah.

Author:

5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah

Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana

Tapi dalam sibuk-sibuk meraikan pasangan kesayangan tu, ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama diselaputi debu?

Jika benar sayang, haruslah kita lihat keadaan diri kita terlebih dahulu.

Cuba tanya pada diri…. Betul ke cara layanan kita terhadap si dia selama ini? Selain beri kasih sayang, pernahkah kita cuba untuk memenuhi impiannya demi lihatnya tersenyum? Berapa kali kita memberi pujian pada si dia dalam sehari?

Benar rasa cinta itu penting dalam hubungan rumah tangga, tapi hanya mengucapkan “I love you” sahaja tak cukup.

Untuk itu, disenaraikan 5 tips rumah tangga yang turut diamalkan Rasulullah agar hubungan suami isteri nyata lebih mesra, mekar berputik seperti saat pertama kali mula-mula jatuh hati dahulu!

#1 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah

Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Jangan asyik bagi alasan “I tak tahu jadi lelaki romantik”. Kalau tak tahu, BELAJAR.

Jangan asyik isteri je yang perlu jaga anda secara keseluruhan. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Barulah wujud keadilan

### Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )

Tak perlu yang mahal-mahal, ikut pada kemampuan. Belikan dia sekuntum bunga mahupun bungkuskan makanan kegemarannya sahaja pun sudah amat bererti buat si penerima. Yang hawa pun jangan lupa memberi okay?

#2 Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji

Kita semua suka dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta.

Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.

#3 Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan

Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.

### Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

#4 Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan

Hanya berdua okay? Kalau dah beranak-pinak tu mintalah tolong sesiapa jagakan anak sebentar. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.

Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.

#5 Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan

Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.

### Dari Aisyah r.a: “Rasulullah s.a.w biasa meletakkan kepalanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca Al-Quran..”
(Hadith Riwayat: Abdurrazaq)

### Dari Hafsah, puteri Umar r.a: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa…”
(Hadith Riwayat: Ahmad)

### Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)

### Diriwayatkan juga, daripada Aisyah, dia berkata… “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengeluarkan kepalanya ke tempatku saat baginda di masjid, lalu aku menyisirkannya dan selama beriktikaf baginda tidak masuk rumah, kecuali kerana suatu keperluan”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

### Diriwayatkan daripada Aisyah r.a, katanya: “Pada satu hari ketika aku sedang datang bulan, lalu aku minum dari gelas baginda Rasul s.a.w. Apabila baginda Rasul s.a.w melihat perbuatanku tersebut, maka baginda pun meminum air yang ada di gelas itu betul-betul di tempat mulutku meminum dari gelas tersebut. Bahkan ketika aku datang bulan dan dalam keadaan berkeringat, aku pernah memberikan gelas pada baginda Rasul s.a.w kemudian baginda minum darinya betul-betul dari tempat aku minum pada gelas tersebut”.
(Riwayat Muslim)

Selamat beramal!

RUJUKAN -Seperti yang dikongsi dalam siri Romantika Episod Nadiya Nisaa & Saiful Razman, 5 Tips Rumah Tangga oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!