Umat islam sering disajikan dengan kisah-kisah penghijrahan dan pengorbanan saudara baru untuk memeluk agama islam. Namun, tidak semua mampu menyelami isi hati dan menempuh dugaan yang dihadapi oleh seorang insa yang bergelar mualaf.
Di Twitter, sebuah kisah mengenai pakcik mualaf berjaya meraih perhatian ramai apabila seorang gadis berkongsikannya di laman tersebut. Lebih memeranjatkan, mualaf berkenaan dibuang oleh seluruh ahli keluarganya setelah mengetahui dirinya memeluk agama islam.
Tak sangka ada yang kisah sampai menitis air mata
Menurut perkongsian gadis tersebut, pakcik mualaf ini sudah seminggu dibuang oleh ahli keluarganya sendiri.
Bertambah sayu, masjid yang terpaksa ditutup menyebabkan lelaki berkenaan hanya mampu bermalam dan merehatkan diri di sekitar kawasan lapang berdekatan dengan tong sampah besar.
Sudah semestinya perkongsian gadis ini mengenai pakcik mualaf berkenaan menerima respon yang positif daripada para pengguna laman Twitter.
Ramai dilihat turut menghulurkan sumbangan kepada pakcik berkenaan dengan harapan dapat meringankan bebannya serba sedikit.
Sumber: Twitter.